Monday, September 5, 2011

Smile- written by Charlie Chaplin (Cover-Zee Avi)


Smile Lyrics

Smile though your heart is aching
Smile even though it's breaking
Though there are clouds in the sky, you'll get by
If you smile through your fears and sorrows
Smile and maybe tomorrow
You'll see the sun come shining through for you

Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying?
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile

Tuesday, August 2, 2011

Puasa pertama Khairi dan Aishah





Kenangan bersahur pertama dalam hidup Khairi dan Aishah..

Nasi goreng pattaya, mee goreng dan milo sejuk

Mama beli sahaja di kedai makan Formula 1, Beserah. Ingat nak masak, tetapi cancel pasal tak jadi nak masuk ke Pasar Ikan Beserah..fuh!! orang ramai betul..nak parking pun payah.. Ini baru petang nak sambut Ramadhan. Kalau raya..tak tahulah nak cakap apa.

Alhamdulillah, Aishah berjaya puasa walaupun setengah hari. Cikgu TIP kasihan tengok budak-budak 5 tahun tak tahan lapar.. apa lagi, soru ajerlah Aishah and the gang tengahari semalam. Apa pun, puji dan galakkan terus diberi.."Very good Aishah!!..nanti cuba lagi untuk puasa penuh! Aishah senyum mempamerkan gigi pagar runtuh.
Abang Khairi pula masih bertahan..Kesian melihat Khairi dah mula lembik, mama tak jadi pergi bazaar. Tergoda nanti, ada pulak budak darjah satu tu minum air kat situ jugak! Bukan boleh percaya.. budak kuat makan ni.

3 jam sebelum buka pose..Khairi dah menjerit-jerit.
Merayu-rayu untuk minum air. Mama buat muka seposen, buat dek ajer..
Bila nak buka kita nak buka puasa ni? Dah tak tahan ni..lapar!!
Khairi sembam muka atas lantai.
Adeih.. Aishah pulak tunjuk eksyenn., makan roti bilis depan Khairi.
Sabarlah sayang sikit je lagi. dah tak lama dah ni..hebatlah abang Khairi ni. Dah hampir satu hari dah menahan lapar dan dahaga..tentu boleh tunggu sekejap sahaja lagi. Apa kata abang Khairi tidur? cadang Mama.
Mana boleh tidur! Orang lapar mana boleh tidur!!.. bentak Khairi sambil menangis.
Kua..kua..kua..
Sakit hati tak diberi green light berbuka, khairi ambik kain baju dalam bakul dan sepah-sepahkan di ruang tamu..
Adeih...mama nak gelak tapi tahan dalam hati..teruk beno gayanya orang puasa.
Pukul 7 ptg, Abang Hafiz cuba pujuk Khairi jalan-jalan dihadapan rumah tetapi tak berjaya.
Bila nak malam ni mama? dah tak tahan ni..
Abah senyum, sesekali memujuknya bersabar dan mengingat Khairi tentang orang susah dan peminta sedekah di pasar malam.
Mama datang cuba peluk Khairi. Khairi terus menangis dan menolak tangan mama. Air mata sampai ke dagu. Mungkin sakit hati betul.. tak dapat berbuka lagi.

Akhirnya waktu berbuka tiba.. alahai..manisnya wajah anak mama yang sorang ni..
Segelas milo sejuk.. lauk puyuh dan 3 anak ikan bawal goreng dijamah dengan berselera sekali. Dalam duk marah jangan makan banyak sangat oleh mama dan abah..hmmm.. bertambah nasi 2 kali!!

Monday, August 1, 2011

1 Ogos.. yang istimewa..

Alhamdulillah.. hari ini dengan izinNya..maka selamat menikmati manisnya hari pertama Ramadhan.. Syukur..
Hari ini.. Khairi dan Aishah bangun bersahur. Dalam setengah jam lagi..dapatlah menjemput anak-anak dari TIP, IM6. Teruja nak melihat wajah mereka berpuasa buat pertama kali..

Ketika ini..Abang dalam perjalanan ke Kuantan.
Insya Allah, petang nanti dapat bersama-sama abang dan seisi keluarga untuk berbuka puasa. Sudah hampir seminggu abang outstation.

Abang,
Terima kasih melindungi diri ini serta anak-anak..
Terima kasih sudi memilih diri ini suri hidupmu..
Terima kasih abang kerana bersusah payah untuk kami..
Terima kasih diatas segala pengorbananmu selama ini..
Terima kasih kerana memaafkan segala kekhilafan diri ini..
Terima kasih kerana menerima kekurangan diri ini..
Terima kasih kerana meyayangi diri ini..
Terima kasih untuk segalanya..
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kita yang ke lapan!!

Monday, July 11, 2011

Bapak

“Seorang sasterawan, tugasnya ialah mencipta dan merakamkan apa yang berlaku dalam masyarakat. Itu yang saya lakukan lebih 50 tahun. Merakam sahaja. Saya tidak berapa suka untuk merakam sahaja apa yang berlaku. Saya cemburu dengan masyarakat yang boleh bertindak dalam sesuatu perkara”-- Bapak A. Samad Said (2011)

Thursday, June 16, 2011

Sepetang di Teluk Ketapang 1

Lame sungguh dok jjupe.. sekali sekala gi gok ateik ronda area Teluk TTapang. Singgoh bertanya khabo kat Jasme jjual ikang nak-nak petang.

Khairi tochoh ateik mainan anok Jasme. Tochoh A keluor doa makang..tochoh B doa tidur..

Ralit napok duk koyok buoh ppelang...dok ttawo ke ambe ateik..


Biasalah ni.. makang buoh ppelang ngang pisa..(tiba-tiba rase nostalgia pulok)
Dok soh cemah boh.. tak dok sape-sape hok cedere.

Jasme and son..


Kak Yah, Mokcik and mokcik..

Abang with pokcik & mokcik of Tok Jembal. Ambik angin petang-petang atah gerei.


Banyok ni je agi hok tingga.. mung nok beli ikang kkisi dok?

Jatuh cinta

Tuesday, June 14, 2011

Selepas hujan..



Inilah perjuangan untuk suatu kehidupan walaupun sementara cuma. Hidup adalah suatu MISTERI... Seringkali kita tidak tahu siapa yang bakal kita temui dan akan hadir dalam diari hidup kita. Apatah lagi siapa pula yang bakal kembali disisi "Maaliki yaumi diin" terlebih dahulu..

Monday, June 13, 2011

Pokok lelipan saya..

Alkisahnya..

Abang digigit lipan semasa sedang tidur. Kesian abang menahan sakit. Kakinya membengkak dan menyukarkannya berjalan. "Alhamdulillah, abang yang digigit dan bukan mama"..kata abang sejurus kami berjaya menemui seekor lipan besar di dalam kain selimut dan membunuhnya. Terharu. Dalam hati ada taman. Penuh dengan bunga-bunga. Bunga tanjung, melur, mawar, cina, kenanga, tikam seladang..semua ada. Jam tiga pagi, kami bergegas ke klinik berdekatan. Doktor memberikan ubat tahan sakit. Teringat pada pokok lelipan. Info yang pernah aku baca semasa lawatan ke Pameran Ular dan Haiwan Berbisa di Muzium Negeri Terengganu akhir tahun lalu tiba-tiba muncul di ingatan. Memang berhajat untuk menanamnya tapi belum berjumpa.


Sifat tolong-menolong 1Malaysia..


Hari itu, abang ada temu janji dengan taukeh jual kereta di Semambu Baru.
Seorang wanita cina yang bekerja disitu telah bermurah hati memberikan kami pokok lelipan untuk disemai. Pokok lelipan sebenarnya penawar gigitan atau sengatan binatang berbisa seperti lipan. Ada sesetengah orang menggunanya untuk mengurangkan bisa kala jengking juga. Caranya pokok lelipan ditumbuk dan ditampal pada tempat gigitan. Kata Ah Soh itu lagi, kena campur dangan garam sedikit. Sangat mujarab. Ini testimoni daripada Ah Maa yang selalu kena gigitan lipan.


Apa ada pada rupa?


'Sebijik-sebijan' rupanya dengan lipan. Mahu fikir 2-3 kali nak pegang. Akhirnya, aku kerah my stepson Aminuddin untuk kerja-kerja menyemai kerana aku geli.. :)
Alhamdulillah, nampaknya ia hidup dan tak lama lagi akan dialih kedalam pasu.
Bila difikir-fikirkan.. Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu tidak sia-sia. DiciptaNya pokok lelipan sedemikian rupa supaya menjadi panduan kepada manusia mengenalinya dan petanda pula akan kegunaannya. Wahai manusia..maka apakah lagi ayat-ayat tuhan yang hendak kamu dustakan?



Inilah pokok lelipan saya atau nama saintifiknya Pedilanthus tithymaloides.

Thursday, June 9, 2011

I'm the only stick with eyeballs!



My hubby found this stick insect in our backyard. He took some photos and it reminds me on the memorable quotes in A Bug's Life movie by Pixar in 1998.

Slim: [stuck among branches] Francis! Francis, I'm stuck!
Francis: Where are you?
Slim: I'm over here.
Francis: Where?
Slim: Here!
[irritated]
Slim: I'm the only stick with eyeballs!

Tuesday, June 7, 2011

Moments



My Aishah. Enjoying her fried kuetiaw with fresh cockles.



Khairi's wicked smile.. on his next attempt to blow out the candle light..

Monday, June 6, 2011

Belut.. hmm...sedapnye..

Ada hok suke..ade hok dok suke..geli-gelemang pun ade..
tapi ambe bulih gi belake.. :)
Buat sup sedap..goreng pun sedap ni. Belut kuning lior beso gini jarang bulih jjupe.

Bap (bapa) cerita, jamang dulu belut kaso-kaso beso batang lampu suluh. Lening payoh doh nok jjupe. Mase bap kecik-kecik dulu paka lepo hidup-hidup dalam api.Geleding geliat kawang dalam api.. Pah masok, pakat makang ngan kawang-kawang. Laa..ganah sungguh kisoh budok-budok jamang dulu.

Tok Choh pulok dok makang pasal dia geli-gelemang. Penoh aku wak ngosek ngacah nok lepo ke dia. "Tok! Ular!!.."' Tok Choh jjerit macang dok sedor diri. Aku pulok kkejut hehe.. Pah hari tu..aku ttobat tak mboh ngosek dia lagi. Nyaknye ngat tengok dia..

Nok takap belut kene ada skill jugok. Pok Awang Kubang Jela dulu pernoh gok tunjuk ke bab dan aku perangkap batang buluh nok takap belut. Umpang die senang je..ikang selayang kukuh. Itulah sikit sebanyok pasal belut. Ini gambo kami beli belut tepi jalan kat Dungun.




Thursday, May 26, 2011

Exam dan gangguan

Minggu exam sekolah ni banyak dugaan. Dugaan pada budak.. dugaan pada mama budaknya. Khairi berhempas-pulas belajar dan ulangkaji.. mama pulak tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Sehari dua tertekan juga bila terkenang kata-kata cikgu sekolah anak.

Last week jumpa cikgu tanya perkembangan pelajaran Khairi. Ada dua subjek yang buku latihannya memusykilkan hati ini. Cikgu tak bagi latihan ke? Tidak pernah bawa pulang kerja rumah.

Penjelasan cikgu: Khairi banyak termenung dalam kelas. Cikgu tak dapat tumpu pada dia seorang. Dia lambat menyalin nota dipapan hitam.

Aku cadangkan cikgu menanda mukasurat yang perlu disiapkan.

Kemudian bila ditanya olehku: "Cikgu, how can we help him?"

Jawab cikgu: "Entahlah kak, saya TAK tahulah nak buat apa lagi.."

Sadis betul jawaban dua orang cikgu ni. Kadang-kadang rasa pihak sekolah kena hantar cikgu dan cikgi ni pergi kelas motivation. Profession perguruan ni bukan sekadar nak dapatkan gaji semata-mata. Alangkah beruntungnya orang-orang yang betul niatnya dari awal. Niat ikhlas untuk mendidik anak bangsa dan seugama. Tiada putus asa dan lepas tangan begitu sahaja. Sudah tentu jawabannya tidak sepahit yang aku terima ini.

Dugaan macam-macam. Sedang mengajar anak ulangkaji di meja kecil. Tiba-tiba.. arrgh!! Lari Khairi! Lari.. Tu dia eih... out of no where..merayap just few inches dari kaki kami.







Malam itu tiada siapa yang cedera atau digigit lipan. Cuma ada seorang mama yang melompat-lompat atas sofa dan seorang budak yang tidur lebih awal daripada biasa dek terkejut.

Thursday, May 12, 2011

KL - 7-8 May 2011

Ikut suami berjumpa supplier nozzle di Kuala Lumpur.. Saje je..bukan boleh berenggang ngan lokong..haha.. On the way to KL, singgah makan ikan patin di Temerloh. Sambil-sambil tu visit Danial & Noreen di Bukit Antarabangsa. Dah lama tak jumpa.


Kami check-in di Vistana KL. Gambar: Cik Teh tersenyum lebar. Hari ni kita berhoya-hoya dulu.. lupakan yang lain!! kain baju sehari dua..ni tak payoh lipat.


Abang memerhatikan hotel baru di sebelah hotel kami menginap. Bila nak beroperasi agaknya..


yang paling gembira hari tu..Tuan 'Puti' Aishah..tersengih ajer.. 'Yuhuuu!!..'


Apa tidaknya..dapat kasut baru! "merelit merelaa" you know..well..


Khairi pulak sakit jiwa bila kena paksa buat homework kat bilik hotel..hehe..

Thursday, April 28, 2011

Berbeza pandangan

Pokok betik kami sudah berbuah dan mulai menguning. Satu petang.. aku menjenguk pokok betik di belakang rumah. Alhamdulillah.. buahnya lebat sungguh..tapi ada besar ada yang kecil. Tak boleh jadi ni..Kalau orang Jepun mahunya dibuang semua yang kecil dan hadkan sahaja bilangan yang sepatutnya. Contohnya untuk sepohon epal, setahun hanya dalam 300-350 biji sahaja. Hmm.. barulah buah besar-besar dan berkualiti semuanya.Hajat dihati mahu bincang dahulu dengan suami sebelum memulakan operasi.

Sejam kemudian...

Suami bersiap ke tempat kerja dan sempat berpesan kepadaku; "Mama, nanti kalau buah betik sudah masak..ambil yang besar dan tinggalkan sahaja yang kecil dipokok. Bolehlah binatang seperti burung makan sekali. Niat sahaja sedekah.."
Seketika aku terdiam dan terfikir.. kami berbeza pandangan. Kedua-duanya untuk kebaikan, tetapi disana ada lagi ruang untuk kebaikan yang lebih hakiki. Terima kasih sayang kerana senantiasa menasihati diri ini untuk bersedekah.

Tuesday, April 19, 2011

Perginya tak kembali..

Sudah 19 tahun aku meninggalkan sekolah SMKA Tok Jiring, K.Trg. Kesibukan harian dan kerja seringkali menutup ruang-ruang kenangan yang sebenarnya masih terpahat di dalam diri. Akukah yang sebenarnya silap tidak mencari peluang?

Hubungan kami sebenarnya agak rapat. Aku mengenalinya sebagai seorang ustaz yang sangat baik. Suaranya yang lunak mengalunkan ayat-ayat al-Quran senantiasa mendamaikan jiwaku. Kadang kala aku mendengarnya membacakan ayat-ayat suci menerusi corong radio negeri Terengganu. Dia mengajarku tajwid dan mengaji.Sering jua ustaz mempelawa aku belajar tarannum bersamanya. Namun aku menolak dengan baik kerana aku malu tidak mempunyai nafas yang panjang. Qaari dan Qaari'ah mestilah yang berbakat-bakat sahaja fikirku.

Usai kelas kokurikulum dan aktiviti petang di sekolah, Ustaz sering kali menolong menghantar aku balik kerumah. Jarak yang jauh dan ketiadaaan pengangkutan awam mungkin jua peluang keemasan bagi ustaz berbuat kebaikan di jalan Allah. Ustaz seorang yang lemah lembut dan sering menyantuni ibubapaku. Aku pernah bertandang kerumahnya dan melawat isteri dan anak-anaknya. Namun aku sudah lupa dimana rumahnya sekarang.

Adakah bila kita mengingati seseorang bermakna dia jua sedang mengingati kita? Telepati? Kebelakangan ini, aku selalu teringatkan ustaz.Kesibukan selama ini kerapkali menutup ruang ingatanku kepada Ustaz yang telah banyak berbakti. Aku menyesali kealpaan ini dan hati dipalu rindu. Kata Pok Jak, kita akan ingat semula banyak memori-memori semasa kita muda apabila kita sunyi. Bilakah waktu sunyi? Waktu kita sudah tua dan bersendirian. Sewaktu tiada lagi kesibukan harian dan anak-anak disisi.. itu lebih-lebih lagi. Aku sudah tua? Hmm..bagaimana dengan ustaz?

Tanggal 18 April 2011 (Isnin). Aku melayari akaun facebook. Rakanku Mohd Abdul Nasir memaklumkan:

-----------------
alfatihah buat al-fadil ust Mohd Noor Besar, kembali ke rahmatullah sebentar tadi.. moga berbahagia ia bersama ahli al-Qur'an... اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Sunday/11.00++ malam.
---------------

Innalillah... dan aku terpana seketika. Aku menelefon kakak supaya dapat memaklumkan berita sedih ini kepada ibuku yang tercinta. Aku mencari-mencari lagi di Internet dan aku menemui ini..

-------------------------------
Ustaz Mat Nor Besar dalam Keadaan Koma
Posted by syahmiyusof on May 29 2009 14:05:53 Assalamu'alaikum..
Salam Ukhuwwah dan perkenalan buat sahabat-sahabat sekalian.

Ana memohon maaf untuk ambil sedikit ruang dalam webpage ini. Ana mendapat berita dari adik-adik di Sheikh Malek. Yakni berkenaan keadaan Ustaz Mohd Noor Besar yang dalam keadaan koma.

Tempat: Ward ICU, Tingkat 3, Hospital Nur
zahirah @ Hospital Besar Kuala Terengganu

Dari maklumat yang ana dapat, ustaz koma atas asbab serang kuman ke otak. Harapan, kita sama-sama berdoa dan solat hajat semoga Ustaz yang byk berjasa kebada kita kembali pulih. InsyaAllah. Sebarang pembetulan dipersilakan.
------------------------

Aku tidak pasti catatan syahmiyusof pada May 29 2009 ini merujuk kepada orang yang sama. Namun yang pasti..carianku sudah terlewat. Benarlah!! Demi masa Asar..sesungguhnya manusia didalam kerugian..

Ustaz, semoga ditempatkan di syurga bersama ahli Qur'an dan orang-orang yang solih. Amin.

Monday, April 11, 2011

OMG..my kid has been bullied!!


Photo source: http://www.kidsenabled.org

Initially, my kid Khairi adjusted very well with his KAFA and tuition classes. Recently, he seems reluctant to attend both classes. He told me that he felt unhappy. What's on earth might be going on? Yesterday, I got the bitter answer. Other kids have been teasing him by name-calling - "curry". (Ayoyoo...budak kecik..penat kami memilih nama terbaik buat Khairi..) I met one of them at the tuition class. When I asked him to stop, he just showed his ignorant face and keep on calling him 'curry' in front of me and others. Hmm.. I felt so angry and "kasihan" with this kid. How is his upbringing at home? Did he been taught to respect "orang tua" and ask for forgiveness when did something wrong? See?? this kid also taunt and hurt my feeling!!..he is now bullying me.. oh ..God! I'm a victim too..

Teasing is normal and not harmful in our daily life. We teased our siblings and friends.At some point, we found it funny. However, when it crosses the boundary.. becomes hurtful and constantly unkind..it just need to be stopped! It is now called bullying! I simply don't want to just 'brush off' this and just asked my kid to 'tough out' with. I have to deal with it because I need to protect my kid. Am I sound paranoid? I did some research on kids bully. Bullying is intentional tormenting in physical, verbal, or psychological ways!!It can range from hitting, shoving, name-calling, threats, and mocking to extorting money and treasured possessions. So.. mums out there.. spreading rumors and shunning others in social networking, websites and facebook also been considered as bully.

I found out that bully can leave deep emotional scars that last for long.In some cases, it can culminate in violent threats, vandalism or even someone getting seriously hurt. I know that I have to do something to help him or at least to cope with it. I have to lessen its lasting impact.I pray to Allah S.W.T. that this will not affect my kid's sense of self-worth and his future relationship. Even if bullying as not an issue to you right now, it is crucial to always communicate and discuss with our kids so they will be prepared if it does happen in the future or in my case..again. The question is... Do our children knows that if they have been bullied.. or understand if that happen to the others?

Monday, April 4, 2011

Kisah suami isteri ada-ada saja..


Source: http://www.sodahead.com/entertainment/which-celeb-dad-is-too-old-to-play-catch/question-1522231/


Ikut hati mati
Ikut rasa binasa


Selama ini hanya melihat kisah dalam drama atau bahan bacaan. Semalam kejadian betul-betul dihadapan mata.

Mood petang itu aku bersedih kerana terpaksa berpisah lagi dengan suami yang akan bertolak ke tempat kerja mencari rezeki buat keluarga. Dia harus ke Loji Air Bukit Sah, Kemaman dan kemudiannya ke Loji Air Serdang, Dungun. Kami sedang berpesan-pesan..
kepada suami, aku berpesan agar hati-hati memandu dan menjaga diri di tempat kerja.Dia pula seperti biasa mengingatkan aku agar menjaga anak-anak dengan baik dan senantiasa memastikan pintu rumah berkunci. Anak-anak pula berebut-rebut mencium tangan dan pipi suami.

Tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu laju brek dan berhenti mengejut di seberang jalan. Seorang lelaki keluar dari kereta dan memarahi seorang wanita dengan suara yang keras. Dia bertempik dan menengking-nengking tanpa menghiraukan sekeliling. Pada mulanya si wanita malang itu seperti hendak keluar dari kereta, namun menutup semula pintu. Lelaki tadi memasuki semula kereta dan memecut semula kereta dengan laju.

Kami terpingga-pingga. Air muka suami berubah. Katanya dia tidak boleh melihat kejadian sebegini. Lelaki itu sudah gila komen suamiku. Tidak sepatutnya dia menunjuk kekuatan seorang lelaki dengan cara begitu. Walau besar kesalahan si isteri dan jika marah sekali pun, sebaiknya dia meninggalkan isterinya terlebih dahulu dan mencari jalan keluar daripada permasalahan bila hati sudah mula sejuk. "Sesetengah orang, dia menganggap (untuk) mendapat seorang isteri sangat mudah"..geleng suamiku.Aku kasihan kepada wanita itu. Sudah tentu hatinya remuk diperlakukan seperti itu.

Dari jauh seorang remaja sekolah kulihat tiba-tiba menghentikan basikal ditengah-tengah jalan dan memerhati sesuatu di belakangnya dengan wajah yang tertanya-tanya. ..Oh..rupa-rupanya lelaki yang sudah hilang kewarasan itu telah berhenti lagi di hentian bas sekolah dan menyambung lagi kisah gila petang itu. Si isteri hanya menangis dan terus menangis.

Petang itu juga, kami mendapat suatu peringatan. Sekeras-keras suara lelaki itu memarahi isterinya... keras lagi peringatan Allah buat kami yang menyaksikan. Hargailah suami atau isteri yang dimiliki. Dia adalah yang terbaik buat kita. Masing-masing adalah pakaian antara satu sama lain. Jagalah maruah pasangan dan sayangilah dia dikesempatan yang masih tinggal ini. Anugerah ini tidak pula kita ketahui bila masanya akan diragut pergi oleh Subhanahu wata'aala..

Friday, April 1, 2011

Uda dan Dara

Uda dan dara
Bersumpah keramat cinta
Wajah seri terukir
Berbiduk hilir kasih

Uda dan dara
Bersanding tak berpelamin
Tempat yang berwali
Di laut malam saksi
Daraku nantikan abang
Emas ringgit membakar kita
Uda hamba tunggu angin lalu

Uda dan dara
Bersanding di pusara
Nisan yang bersabda
Keramat kisah cinta

~ Usman Awang

Wednesday, March 30, 2011

Parking bertingkat .. apa macam?

Problem parking memang tidak berkesudahan di UIA Kuantan ni.. bertambah rumit kalau pergi ke Jalan hospital Campus. Sudah routine kalau terpaksa tawaf bangunan 2-3 kali untuk aku kalau ke JHC. Hmm..kalau dapat parking kira ia satu perkara yang harus bersujud syukur...hehe..

Teringat aku di Batas Baru, Kuala Terengganu.. we have this:



Parking bertingkat.. maximum 1700 kg. sendiri mau ingat aa..



Masa aku ambil gambar ni dalam bulan satu.. ia belum berfungsi. Mula-mula aku tengok benda ni..macam tak percaya akan ada di bumi Terengganu. Mahal benda alah ni..Khabarnya untuk mengatasi masalah parking yang kritikal di situ.

Mungkin ada pro dan kontra... antara persoalan dalam kepala orang Ganu:

-Ada ke yang nak guna benda ni..praktikal ke dok?

-Takut jadi projek gajoh putih..hehe..

-Payoh pulok kalu tertinggal barang dalam kete..kene tunggu ye musing turung..

-Doh guane kalu nok tinggal anok kecik kejap dalang kete?..doh naik pah katah..ada pulok hok terejung kang.. (set pale kerah berahi tinggal anok dalam kete)

-Guane kalu elektrik tak dok? -- Ada pula berlawak: Kite pakat kerabat kot tepi ah..adeih..

Apa-apa pun ini teknologi dari luar negara. Mestilah ada back up generator kalau tiada elektrik.

Hmm..kalau parking bertingkat ni ada di JHC..agak-agak settle tak problem kita?

Friday, March 18, 2011

Cuti Sekolah

Mula-mula balik Teganu. Singgoh di Galeri Biodiversiti Akuatik, Rantau Abang. Masuk percuma je bang.. Cuma tulis daftar nama masuk je. Gi..jangan dok gi!


Khairi & gaya penyu berenang..


Aishah dengan tulang ikan paus..

Di Teganu. Hujang mmanjang.. dok leh celik mata macam piang tekujuh. Duk dalam rumah nok gi round pun mati stim. Dok apa..mungkin Allah nok reda sikit dok wi mari radiasi loji nuklear nnetup kat Jepun sapa Teganu. Ilmu allah belake.. Simpati ke Jepun, more than 10,000 still missing kerana tsunami baru-baru ni.

Bukti hujang lebat... lokasi: Merchang.





Gi Melaka.. Qodo' IEEP tahun lepas..hehe..



Pukul 3.22 am..semua sudoh keroh-keroh..ambe pong nok masuk dalam selimut gok.. The end..

Friday, January 21, 2011

Kenangan masuk darjah satu

Dek kesibukan di awal tahun 2011.. Tertangguh untuk update posting. Sebagai kenang-kenangan buat diriku dan famili on hari pertama Khairi bertukar status secara rasmi. Daripada budak Kindergarten kepada budak primary school di SKTA.





Hmm...All in one except the photographer. Payah ni nak dapat breakfast dan bergambar seawal 6.30 pagi.. :) selalu tak cukup korum.

Ini gaya hari pertama..budak darjah satu.

Thursday, January 20, 2011

Rapunzel



She is cute and always full of ideas.. Once upon a time, Rapunzel was here in Bukit Pelindung..hehe..