Friday, July 30, 2010

Ulangtahun perkahwinan

Ramai teman-teman berkongsi kebahagiaan menyambut ulangtahun perkahwinan mereka dilaman Facebook. Masing-masing mula mengasah skill matematik yang ada, mencongak-congak usia perkahwinan.Dalam diam, ramai pula yang tidak menyangka sudah sedekad mengharungi bahtera bersama. Well..this time, it would be mine. On this 1st August 2010, we would be celebrating our 7th anniversary.

Suamiku berusaha mengambil cuti. Ujarnya, dia hampir terlupa. Dia merangcang untuk membatalkan temujanji ditempat kerja. Dia begitu beria-ria untuk bersamaku. Aku hanya tersenyum. Tidak mengapalah, jika tidak dapat bersama pada hari itu. Aku mengizinkan suamiku berkerja sekiranya tuntutan kerja lebih membuntuhkannya. Tidak perlu ada rajuk. Bagiku tidak perlu bermasam muka mengeruhkan perhubungan semata-mata satu hari padahal suamiku ada disisiku pada hari-hari yang lain. Yang paling penting, dia terus berada disampingku, melindungi dan menyayangiku serta anak-anak. Aku memohon kepada Allah SWT agar dikabulkan doaku ini..

Ya Allah Ya Ilahi, rahmatilah suamiku, panjangkanlah usianya, dan sihatkanlah tubuh-badannya. Ya Ilahi, Engkau cucurkanlah kasih-sayang Mu kepada kami. Kekalkan jodoh kami didunia dan akhirat seperti Nabi Adam dan Siti Hawa, Nabi Yusuf dan Zulaikha, dan Nabi Sulaiman dan Balqis.

Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah, maka tetapkanlah iman kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, dan masukkanlah kami kedalam firdausiMu dengan iman.Ya Ilahi, kurniakanlah kepada kami kebaikan didunia dan segala kebaikan di akhirat.Kurniakanlah kepada kami anak-anak yang soleh dan penyejuk mata.

Duhai yang Maha Pemberi rezeki, bukalah segala pintu rezekiMu kepada kami dan jauhilah kami dari sifat angkuh dan bakhil. Permudahkanlah segala urusan kami didunia dan diakhirat, jauhilah segala mara bahaya dan paksaan orang lelaki. Peliharalah kami daripada tipudaya syaitan dan kejahatan musuh-musuh kami yang amat berbahagia diatas kesusahan dan kedukaan kami. Keluarkanlah dan jauhilah kami daripada bala' dan kedukaan yang bertimpa-timpa. Janganlah engkau bebani kami dengan hutang kecuali engkau mengangkatnya daripada kami, tidaklah terbeban keatas kami suatu dosa kecuali Engkau ampunkan. Ya Ilahi, ampunilah dosa-dosa kami dan kedua ibu-bapa kami. Engkau rahmatilah keduanya sepertimana mereka memelihara kami sewaktu kami masih kecil..

Ya Ilahi, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi. Terimalah taubat kami Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun segala dosa-dosa besar. Amin..