Monday, February 8, 2010

Pujian


Berapa kali agaknya suami,anak,sahabat-handai anda memuji anda mahu pun sebaliknya dalam sehari? Tentunya perhubungan komunikasi berada ditahap mencemaskan sekiranya sebulan sekali pun amat payah!Hati kembang bila bila dipuji, hidup terasa semakin bersemangat.Saya akur, pujian sangat penting dalam hubungan. Ia dapat menyubur dan mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri. Seperti pokok, ia perlu kepada air, matahari dan udara.. Begitu juga pujian kepada anak-anak kita. Mereka lebih yakin diri, kreatif, cerdas dan mekar kasih-sayangnya terhadap insan-insan di sekeliling.

Si Dia tidak sensitif? Ayuh, sudah tiba masanya untuk berubah. Perubahan boleh sahaja bermula daripada diri kita sendiri. Tidak perlu menunggu orang lain yang memulakannya.Yang paling penting.. pujian anda mestilah ikhlas. Jangan memuji-muji kerana inginkan sesuatu. Contohnya hanya semasa poket suami kembung berisi diakhir bulan! haha..Oh ya..jangan lupa berterima kasih bila dipuji!

Selamat datang..

Salam semua,

Detik ini telah sampai.. aku akan mula menulis dan berkongsi cerita, pandangan dan lain-lain.