Showing posts with label lipan. Show all posts
Showing posts with label lipan. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Pokok lelipan saya..

Alkisahnya..

Abang digigit lipan semasa sedang tidur. Kesian abang menahan sakit. Kakinya membengkak dan menyukarkannya berjalan. "Alhamdulillah, abang yang digigit dan bukan mama"..kata abang sejurus kami berjaya menemui seekor lipan besar di dalam kain selimut dan membunuhnya. Terharu. Dalam hati ada taman. Penuh dengan bunga-bunga. Bunga tanjung, melur, mawar, cina, kenanga, tikam seladang..semua ada. Jam tiga pagi, kami bergegas ke klinik berdekatan. Doktor memberikan ubat tahan sakit. Teringat pada pokok lelipan. Info yang pernah aku baca semasa lawatan ke Pameran Ular dan Haiwan Berbisa di Muzium Negeri Terengganu akhir tahun lalu tiba-tiba muncul di ingatan. Memang berhajat untuk menanamnya tapi belum berjumpa.


Sifat tolong-menolong 1Malaysia..


Hari itu, abang ada temu janji dengan taukeh jual kereta di Semambu Baru.
Seorang wanita cina yang bekerja disitu telah bermurah hati memberikan kami pokok lelipan untuk disemai. Pokok lelipan sebenarnya penawar gigitan atau sengatan binatang berbisa seperti lipan. Ada sesetengah orang menggunanya untuk mengurangkan bisa kala jengking juga. Caranya pokok lelipan ditumbuk dan ditampal pada tempat gigitan. Kata Ah Soh itu lagi, kena campur dangan garam sedikit. Sangat mujarab. Ini testimoni daripada Ah Maa yang selalu kena gigitan lipan.


Apa ada pada rupa?


'Sebijik-sebijan' rupanya dengan lipan. Mahu fikir 2-3 kali nak pegang. Akhirnya, aku kerah my stepson Aminuddin untuk kerja-kerja menyemai kerana aku geli.. :)
Alhamdulillah, nampaknya ia hidup dan tak lama lagi akan dialih kedalam pasu.
Bila difikir-fikirkan.. Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu tidak sia-sia. DiciptaNya pokok lelipan sedemikian rupa supaya menjadi panduan kepada manusia mengenalinya dan petanda pula akan kegunaannya. Wahai manusia..maka apakah lagi ayat-ayat tuhan yang hendak kamu dustakan?



Inilah pokok lelipan saya atau nama saintifiknya Pedilanthus tithymaloides.

Thursday, May 26, 2011

Exam dan gangguan

Minggu exam sekolah ni banyak dugaan. Dugaan pada budak.. dugaan pada mama budaknya. Khairi berhempas-pulas belajar dan ulangkaji.. mama pulak tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Sehari dua tertekan juga bila terkenang kata-kata cikgu sekolah anak.

Last week jumpa cikgu tanya perkembangan pelajaran Khairi. Ada dua subjek yang buku latihannya memusykilkan hati ini. Cikgu tak bagi latihan ke? Tidak pernah bawa pulang kerja rumah.

Penjelasan cikgu: Khairi banyak termenung dalam kelas. Cikgu tak dapat tumpu pada dia seorang. Dia lambat menyalin nota dipapan hitam.

Aku cadangkan cikgu menanda mukasurat yang perlu disiapkan.

Kemudian bila ditanya olehku: "Cikgu, how can we help him?"

Jawab cikgu: "Entahlah kak, saya TAK tahulah nak buat apa lagi.."

Sadis betul jawaban dua orang cikgu ni. Kadang-kadang rasa pihak sekolah kena hantar cikgu dan cikgi ni pergi kelas motivation. Profession perguruan ni bukan sekadar nak dapatkan gaji semata-mata. Alangkah beruntungnya orang-orang yang betul niatnya dari awal. Niat ikhlas untuk mendidik anak bangsa dan seugama. Tiada putus asa dan lepas tangan begitu sahaja. Sudah tentu jawabannya tidak sepahit yang aku terima ini.

Dugaan macam-macam. Sedang mengajar anak ulangkaji di meja kecil. Tiba-tiba.. arrgh!! Lari Khairi! Lari.. Tu dia eih... out of no where..merayap just few inches dari kaki kami.







Malam itu tiada siapa yang cedera atau digigit lipan. Cuma ada seorang mama yang melompat-lompat atas sofa dan seorang budak yang tidur lebih awal daripada biasa dek terkejut.