Alkisahnya..
Abang digigit lipan semasa sedang tidur. Kesian abang menahan sakit. Kakinya membengkak dan menyukarkannya berjalan. "Alhamdulillah, abang yang digigit dan bukan mama"..kata abang sejurus kami berjaya menemui seekor lipan besar di dalam kain selimut dan membunuhnya. Terharu. Dalam hati ada taman. Penuh dengan bunga-bunga. Bunga tanjung, melur, mawar, cina, kenanga, tikam seladang..semua ada. Jam tiga pagi, kami bergegas ke klinik berdekatan. Doktor memberikan ubat tahan sakit. Teringat pada pokok lelipan. Info yang pernah aku baca semasa lawatan ke Pameran Ular dan Haiwan Berbisa di Muzium Negeri Terengganu akhir tahun lalu tiba-tiba muncul di ingatan. Memang berhajat untuk menanamnya tapi belum berjumpa.
Sifat tolong-menolong 1Malaysia..
Hari itu, abang ada temu janji dengan taukeh jual kereta di Semambu Baru.
Seorang wanita cina yang bekerja disitu telah bermurah hati memberikan kami pokok lelipan untuk disemai. Pokok lelipan sebenarnya penawar gigitan atau sengatan binatang berbisa seperti lipan. Ada sesetengah orang menggunanya untuk mengurangkan bisa kala jengking juga. Caranya pokok lelipan ditumbuk dan ditampal pada tempat gigitan. Kata Ah Soh itu lagi, kena campur dangan garam sedikit. Sangat mujarab. Ini testimoni daripada Ah Maa yang selalu kena gigitan lipan.
Apa ada pada rupa?
'Sebijik-sebijan' rupanya dengan lipan. Mahu fikir 2-3 kali nak pegang. Akhirnya, aku kerah my stepson Aminuddin untuk kerja-kerja menyemai kerana aku geli.. :)
Alhamdulillah, nampaknya ia hidup dan tak lama lagi akan dialih kedalam pasu.
Bila difikir-fikirkan.. Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu tidak sia-sia. DiciptaNya pokok lelipan sedemikian rupa supaya menjadi panduan kepada manusia mengenalinya dan petanda pula akan kegunaannya. Wahai manusia..maka apakah lagi ayat-ayat tuhan yang hendak kamu dustakan?
Inilah pokok lelipan saya atau nama saintifiknya Pedilanthus tithymaloides.
No comments:
Post a Comment