Wednesday, September 22, 2010

Aku, Wahidah dan Opis Terbuka Library 2010

Duit dah banyak habis berbelanja..kederat pun sama..peluh menitik-nitik angkut barang-barang. Panas weih... hari ni pergi pasar pulak ngan Wahidah. Kesian pulak tengok ahli club ibu mengandung angkut barang walaupun suhun 500 gram..hehe.. aku angkut yang berat-berat takut lak kalau jadi apa-apa kat Wahidah, cik abe dia saman aku. Tapi..yang lucunya dia jalan laju betul dalam pasar tu..terutama time nak gi beli kaki ayam Kak Syimah..hehe..sayup aku kena tinggal..Fuh! panggilan kaki ayam berhantu betul. Aku takut jalan laju-laju..licin kalau jatuh, kena bangun sendiri. Hajat nak tegur dia time tu, tapi kesian lak mati pulak excitement dia nak beli kaki ayam..hehe..
Lepas shopping, Wahidah belanja aku minum air tebu 2 gelas..(macam baru buka pose hari pertama jer..) Dek kerana happy..aku terus lupa nak nasihatkan dia supaya jangan jalan laju-laju lagi dalam pasar!! Anyway, terima kasih daun keladi ye..

Tuesday, September 21, 2010

Aishah dan hari raya ke..

2 Syawal- Seperti pagi 1 syawal, anak-anak dikejutkan lebih awal.
Mama: Bangun..bangun Aishah, dah siang ni..
Aishah menggosok-gosok mata.
Mama: Bangunlah sayang..mandi dan pakai baju raya. Nanti kita pergi beraya. Hari ni hari raya kedua.
Aishah: Habis, semalam tu hari raya ketama?
Mama:Hari raya ketama?? hehehe..pertama Aishah bukan ketama.
Aishah: ooh..
Ini logik bahasa budak 4 tahun: Ketama, kedua, ketiga.. tak ada pertama!

Friday, September 17, 2010

Hajat-hajat raya

HAJAT TERLAKSANA:
Berjaya beli biskut raya tunjuk sahaja. Sebelum Ramadhan tiba inilah azam aku. Malas nok wat kuih/biskut raya. Mood tarak!


HAJAT YANG MERANA:
Ada yang mulut gatal bagi arahan ke kak Yah jangan jahit dulu leher baju kurung. Aku nok tikam sendiri. Aiseh..punyalah chef dari Kuantan ni banyok kerje.. hari raya ke 5 baru boleh pakai..muahaha.. sungkur-sembam nok leh ke siap. Dalam hati..bakpelah aku dok suruh Kak Yah jahit bodoh je leher baju kurung nih? Bukan orang nampok pun. kang pakai tudung? ##*#4!!!@%..


HAJAT YANG BERPULAH-CAWAH:
1)Satay raya-planning nok wak satay awal2 kat Kuantan. Wak balik hok siap doh ke Teganu. Sudahan wak kat ganu gok. kerahan tenaga siapa lagi mangsanya kalu bukan anok-anok bujang 3 orang tu..tapi Aishah dan Khairi tumpang sibuk sekali.
Malam pulok, abang, aku dan Kak Yah ngusuh tukang bbako satay hilang..gi bederat. Pagi kat Suboh baru balik. Anok bujang 2 orang tu, dang bulih anok kuci kereta dia pulah ke stereng dok ingat nok balik!! Janji nok keluor kejap je. Sudoh nye kene beleber di pagi raya dan kena dera bako satay selepas solat raya. Doh nok wat guane? Sape suruh? hahaha..

2)Nok tidur awal malam raya-Aku ingat dang tahun ni tidur awal.. tapi tidur kat pukul 4 pagi jugok pasal kene rebus semula ketupat nasi @ nasi kapit dok dang masok betul.
Cik Abang mintok maaf pasal dia yang bagi arahan angkat awal.
Abang: "Masok doh..masok doh..angkat ah mama..".
Aku: "ye ker abang? rasa2 kena lama lagi.."
Abang: "Angkat ah..masok doh ni.."
Maka isteri yang solehah pun ikutlah..pah tu.. bile test ngan kuoh kacang..nasi kapit relai sutei-sutei dalam mangkuk. Haru-haru.. pasal aku doh siap kirim ke my mother. Mesti dia gelak nasi kapit aku dok jadi molek. Jatuh saham aku!

HAJAT TERTANGGUH:
Menziarahi pusara Cik Esah, Ayoh Long, Kak Dasiemah Rohani, Tok Choh, Tok Ki Mat dan Pok Mahari. Insya Allah, Oktober nanti.
Beraya ngan Mok Noor.

Tuesday, September 7, 2010

Sempena Lebaran ini

Selamat menyambut hari lebaran @ hari raya IdulFitri kepada semua.
Mohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan sengaja dan tidak sengaja. Semoga bergembira di hari raya dan selamat menempuh perjalanan balik kampung dan kembali semula ke rumah sendiri mahupun rumah sewa..
Kepada staff yang sudah menimang cahaya mata pertama, semoga tahun ni dapat merasa keghairahan mengumpul duit raya banyak-banyak..especially for afm & nss+snn(simpan tau..amanah tu..jangan pulak ada yang cilok anak punye hehe..) For En. MN..terima kasihlah for the usaha menukar duit raya for me. Jasamu dikenang.. :)

Untuk menambah mood hari raya tahun ni.. I would like to share my family photos during last Idul Fitri 2009.




Aishah & Khairi sedang "menggonyeing" satay..


Hehe..gambar keluarga 2009

Credits to my stepson: Muhammad Syukri Haqim - the photographer of the day.

Monday, September 6, 2010

Persiapan Raya Abang

Syawal bakal menjelang. 2 hari lagi ummat Islam bakal melihat anak bulan penentu Hari Raya Idul Fitri.. Aku dah beli kuih tunjuk. Amin dah beli tiket bas balik ke kuantan from KL. Hafiz dan Syukri dah siap cat ruang tamu. Semua lukisan ala Picasso Khairi sudah selamat ditutup. Tak tahulah sampai bila dinding akan kekal bersih macam itu. If more than a month..itu suatu rekod baru. Abang pun sudah memotong rumput di halaman on last Friday. Yesterday, baru aku ada masa nak jalan-jalan sekitar laman. Ya Allah!!..bukan rumput sahaja dipotongnya tapi hehe..pokok Passion Fruit @ Markisa aku pun cik abang tarah sekali.. Uwwaaa!!.. Sedih betul bila lihat batang pokok dah tinggal 2 inchi dari tanah.. Namun, until this morning, abang tak report apa-apa pasal incident tu. Hmm..abang, I knew what you did last Friday!!

Thursday, September 2, 2010

Menanti jam 6

Lalala... enam petang ni SenHeng Kuantan janji nak hantar peti sejuk baru! :)
Should I consider it as peti sejuk raya? Hehe.. terima kasih abang.

Wednesday, September 1, 2010

Peti sejuk baru

Aku dah habis pikir dah. Nak baiki peti sejuk dari sehari ke minggu, minggu ke bulan dan sekarang dah makan tahun. Peti sejuk yang sama umurnya ngan khairi semakin beri masalah. Freezer dah berais pulak..adeih... tambah pulak bahagian simpanan sayur dan makanan biasa tak sejuk2 atau seram sejuk?
Paling lawak bila melihat sang semut pun boleh berkampung dalam peti sejuk aku!
Nak contact Kifayah Services...ambil baiki tak mungkin! isi perut peti sejuk di ruangan sejuk beku x pernah susut!..kamilah jaguh membeli segala kepala ikan salmon..hehe..pantang jumpa semua nak sapu. Daging kuda pun ada lagi belum masak.
Aku dah sound pada lokong..beli je yang baru. Yang lama hantar baiki elok-elok..solek-solek sikit..lepas tu kita pakat hadiah jer kat orang..