Showing posts with label Looking back to the days of my youth. Show all posts
Showing posts with label Looking back to the days of my youth. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Jadi guru

Seringkali apabila dimaklumkan akan nama institusi tempatku berkerja.. orang akan bertanya kembali:

"Jadi lecturer ke?"

Itulah soalannya. Sama sahaja. Baik daripada rakan-rakan "pesbuk" yang baru menyambung kembali silaturrahim setelah sekian lama membawa haluan masing-masing usai tamat sekolah menengah atau universiti.. hatta daripada makcik jual pisang goreng di Bukit Pelindung. Terbaru..soalan sama daripada seorang bekas pelajarku di Cosmopoint Kuantan.

Jawabku:
Librarian.. nurturing tomorrow's intellectuals.. :)
berbakti dengan caraku sendiri..nak mengajar..dah tak berapa pandai..

Jawab ibnu Khalid:
Xpelah..sgala dr tuhan yg esa,namun cebis2 hikmah dlu msh ad dlm hati,dan trus d amal,kadang jd hujah buatku,kadang dalil buatku..trm ksh guruku

...Chat conversation end..

Tiba-tiba teringatkan pengakuannya about 4 years ago. Ada nasihatku yang menjadikan dirinya celik. Dia akui dirinya agak nakal. Dia mula mencari dirinya sendiri..mencari Penciptanya. Habis pengajiannya di Kolej, dia memasuki sekolah pondok dan memperbaiki diri. Pengakuannya membuatkan aku terpana. Maha suci Allah. Dialah Al-Hadi. memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Ya Allah.. jauh di sudut hati aku tahu dia jujur. Sebenarnya, tanpa kita sedari.. "roh" guru ada di dalam diri kita sendiri. Sesiapa sahaja boleh menjadi guru. Kita berguru dengan yang lebih tua atau pun lebih muda. Baik sesama muslim atau sebaliknya. Secara formal atau tidak formal.

Duhai adik..
Duhai kakak..
Duhai abang..
Duhai makcik..
Duhai pakcik..

SUDIKAH DIKAU MENJADI GURUKU?



Monday, June 6, 2011

Belut.. hmm...sedapnye..

Ada hok suke..ade hok dok suke..geli-gelemang pun ade..
tapi ambe bulih gi belake.. :)
Buat sup sedap..goreng pun sedap ni. Belut kuning lior beso gini jarang bulih jjupe.

Bap (bapa) cerita, jamang dulu belut kaso-kaso beso batang lampu suluh. Lening payoh doh nok jjupe. Mase bap kecik-kecik dulu paka lepo hidup-hidup dalam api.Geleding geliat kawang dalam api.. Pah masok, pakat makang ngan kawang-kawang. Laa..ganah sungguh kisoh budok-budok jamang dulu.

Tok Choh pulok dok makang pasal dia geli-gelemang. Penoh aku wak ngosek ngacah nok lepo ke dia. "Tok! Ular!!.."' Tok Choh jjerit macang dok sedor diri. Aku pulok kkejut hehe.. Pah hari tu..aku ttobat tak mboh ngosek dia lagi. Nyaknye ngat tengok dia..

Nok takap belut kene ada skill jugok. Pok Awang Kubang Jela dulu pernoh gok tunjuk ke bab dan aku perangkap batang buluh nok takap belut. Umpang die senang je..ikang selayang kukuh. Itulah sikit sebanyok pasal belut. Ini gambo kami beli belut tepi jalan kat Dungun.




Tuesday, April 19, 2011

Perginya tak kembali..

Sudah 19 tahun aku meninggalkan sekolah SMKA Tok Jiring, K.Trg. Kesibukan harian dan kerja seringkali menutup ruang-ruang kenangan yang sebenarnya masih terpahat di dalam diri. Akukah yang sebenarnya silap tidak mencari peluang?

Hubungan kami sebenarnya agak rapat. Aku mengenalinya sebagai seorang ustaz yang sangat baik. Suaranya yang lunak mengalunkan ayat-ayat al-Quran senantiasa mendamaikan jiwaku. Kadang kala aku mendengarnya membacakan ayat-ayat suci menerusi corong radio negeri Terengganu. Dia mengajarku tajwid dan mengaji.Sering jua ustaz mempelawa aku belajar tarannum bersamanya. Namun aku menolak dengan baik kerana aku malu tidak mempunyai nafas yang panjang. Qaari dan Qaari'ah mestilah yang berbakat-bakat sahaja fikirku.

Usai kelas kokurikulum dan aktiviti petang di sekolah, Ustaz sering kali menolong menghantar aku balik kerumah. Jarak yang jauh dan ketiadaaan pengangkutan awam mungkin jua peluang keemasan bagi ustaz berbuat kebaikan di jalan Allah. Ustaz seorang yang lemah lembut dan sering menyantuni ibubapaku. Aku pernah bertandang kerumahnya dan melawat isteri dan anak-anaknya. Namun aku sudah lupa dimana rumahnya sekarang.

Adakah bila kita mengingati seseorang bermakna dia jua sedang mengingati kita? Telepati? Kebelakangan ini, aku selalu teringatkan ustaz.Kesibukan selama ini kerapkali menutup ruang ingatanku kepada Ustaz yang telah banyak berbakti. Aku menyesali kealpaan ini dan hati dipalu rindu. Kata Pok Jak, kita akan ingat semula banyak memori-memori semasa kita muda apabila kita sunyi. Bilakah waktu sunyi? Waktu kita sudah tua dan bersendirian. Sewaktu tiada lagi kesibukan harian dan anak-anak disisi.. itu lebih-lebih lagi. Aku sudah tua? Hmm..bagaimana dengan ustaz?

Tanggal 18 April 2011 (Isnin). Aku melayari akaun facebook. Rakanku Mohd Abdul Nasir memaklumkan:

-----------------
alfatihah buat al-fadil ust Mohd Noor Besar, kembali ke rahmatullah sebentar tadi.. moga berbahagia ia bersama ahli al-Qur'an... اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Sunday/11.00++ malam.
---------------

Innalillah... dan aku terpana seketika. Aku menelefon kakak supaya dapat memaklumkan berita sedih ini kepada ibuku yang tercinta. Aku mencari-mencari lagi di Internet dan aku menemui ini..

-------------------------------
Ustaz Mat Nor Besar dalam Keadaan Koma
Posted by syahmiyusof on May 29 2009 14:05:53 Assalamu'alaikum..
Salam Ukhuwwah dan perkenalan buat sahabat-sahabat sekalian.

Ana memohon maaf untuk ambil sedikit ruang dalam webpage ini. Ana mendapat berita dari adik-adik di Sheikh Malek. Yakni berkenaan keadaan Ustaz Mohd Noor Besar yang dalam keadaan koma.

Tempat: Ward ICU, Tingkat 3, Hospital Nur
zahirah @ Hospital Besar Kuala Terengganu

Dari maklumat yang ana dapat, ustaz koma atas asbab serang kuman ke otak. Harapan, kita sama-sama berdoa dan solat hajat semoga Ustaz yang byk berjasa kebada kita kembali pulih. InsyaAllah. Sebarang pembetulan dipersilakan.
------------------------

Aku tidak pasti catatan syahmiyusof pada May 29 2009 ini merujuk kepada orang yang sama. Namun yang pasti..carianku sudah terlewat. Benarlah!! Demi masa Asar..sesungguhnya manusia didalam kerugian..

Ustaz, semoga ditempatkan di syurga bersama ahli Qur'an dan orang-orang yang solih. Amin.

Monday, December 13, 2010

Kisoh museng tekujuh

Terkenang semasa dulu..

Museng tekujuh.. museng gelora. Pok De Yik, Ayoh Ngoh Cik Mat Belada, Pok Awang, Pok De Tupa, Pok Kasim, Pok Ali Tikus seme pakat duduk di selasor rumoh minum kopi sambil duk gulung rokok daung. Pah kane orang dumoh dok tau..lama jamang nok bulih antor ubi kayu rebus sepiring pong jadi. Ghohok weih..ombok besor bergulong-gulong. Tebeing keluor bimbang nye motor kelaut baham di ombok abih tegelang. Nok geroh, balik jadi arwoh.Museng gelora awok-awok tak dok pitih. Duduk nnengung..perut pulok gelulong. Jembe ke juragang gi pinjam pitih sikit sebanyok. Bila juragang pun naik senok, adalah hok bertandang sesama jiran dan sahabat mintok ehsan. Pitih dihulur setakat terdaya. Mana hok kurang mintok diampun dan halalkan.

Museng tekujuh..museng hujan turung mmanjang dok kira malam siang. Sekejap lebat bedohong sekejap begheik. Bila nok berenti.. dok sereik-sereik. Kain baju di bilik air doh berlepeik-lepeik. Nok basuh.. nok kena tunggu ttari bila nok tubik. Malam hari orang lain seronok tidur tarik kain selimut. Kena molek ada pulok mimpi sedap duk ngulik. Kami pulok berlari cak ting cak ting. Bukan ngiga bukan belumba lari. Tapi sibuk duk nnadoh air hujan dek atap rumah bocor sana-sini. Tup!Tap!Tup!Tap!Tup!Tap!...Habis besen dan beledi.. tipuware ddapur diangkut sekali.


:: Ikang llayur kering @ ikang timoh.. Source: Cikgu Tolahah::

Museng ketujuh..museng susoh. Payoh sungguh nok bulih ke ikan segor. Ikan sardin pong makanan mewoh. Bulihlah makan sekali-sekala. Masa ni ah..kami duk korek balik stok ikan kering dan jeruk. Mana anok ikang plate, anok llayur, kerah ekor, tamban dalam tin ssekut seme laku... Kadang-kadang, kalu ada rezeki bulihlah goreng gelama kering. Pah tu Cik Nabong(ibu) buat pulok air lada dan peroh asam limau. Makan nge nasi panas-panas. Itulah rezeki..lauk museng hujan. Teringat pulok seloroh Cik kepada deputy chef kat dapor (ambe ler..sape lagi..hehe..)"Hari ni kita ppakat makang nasik nge budu cicoh "telu.." Aku menyambut dengan gelak ketawa. Hmmm.. lauk telu pun telulah Cik...asal bulih makang Alhamdulillah. Telu bukan sebarang lauk. Mungkin hanya ada di dapor kami time museng tekujuh. "Telu" merujuk kepada makan nasik kosong cicoh budu guna telu..njuk.

Museng tekujuh museng air boh. Orang llaki ssukaan pakat cari ikan darat segala macang. Ikan baik puyu, sepat, keli dan haruan pakat keluor belaka. Jadi serupa pestalah pulok. Hiburan ke orang tua hinggalah ke budok-budok. Alik Kampung Alur Kuda, Gucil, Bukit Tok Beng dan mana-mana hok ada paya..pendek kata kene hungga belaka. Budok-budok pakat jereba berenang dalam kubang dan baroh. Ssejuk ngokor belakang kira. Ada gi ngail, berjale, pasang pukat, tahang bubu dan ada pulok main lepor perjam. Perjam ke belut, kena molek nye perjam nge ulor sekali. Rasa nyaknye campor geli gelemang tengok ke ulor geleding-geliat nnahang sakit.

Terkenang semasa dulu..

Museng tekujuh..Museng gelora..
Museng hujan..Museng air boh..
Museng ghohok..Museng tak dok pitih..

Wednesday, November 24, 2010

Cak Ru



:::Kawah-kawah sarang Cak Ru di bawah chalet. Lokasi: Pulau Tioman, 2009:::

Apa ada pada nama..

Ada yang memanggilnya "Cik Ru". Aku pula panggil "Cak Ru". Mungkin ada yang pernah lihat..mungkin ada tak kenal langsung.. Tak kenal maka tak cinta. Cak Ru bersarang ditempat berpasir dan ia berjalan mengundur. Membenamkan dirinya didalam pasir, teknik ambush dan makan serangga kecil yang terjatuh kedalam lubang sarangnya memang unik. In 1980s, there was an outdoor session for science class at SMK Ibrahim Fikri (SIF). It was the day they found sarang Cak Ru dan berjaya mengeluarkan isi tuan rumahnya.
"Kelas..apakah nama serangga ini? " tanya si guru..
Dengan yakin salah seorang pelajar menjawab.."Cik Gu..cikgu!!"
Jawabannya disambut dengan hilaian semua pelajar termasuk guru itu sendiri.

Once upon a time..

Aku membesar bersama Cak Ru. Mengail Cak Ru. Inilah permainan wajib sewaktu kecil apabila bertandang ke rumah Tok Choh. Ralit. menghabiskan masa berjam-jam mengail Cak Ru dengan sehelai rambut. Caranya mudah sekali. Kaup pasir dari dalam sarang Cak Ru dan dapatkan yang pertama. Ikat leher Cak Ru dengan rambut dan masukkan kedalam sarang yang lain. Cak Ru umpan akan ditangkap oleh Cak Ru lain yang menyangka "hidangan" dah tiba. Inilah masanya untuk menarik rambut naik keatas dan operasi mengail dikira berjaya. Setelah berpuas hati dengan hasil tangkapan.. hehe..selepas tu..hendaklah dilepaskan semula.Jangan sesekali khianat atau dipenyet. Esok-esok, cari lagi.


Itu permainan zaman kanak-kanak dulu. Anak-anak sekarang mana kenal semua tu..
Maybe one day, kalau ada kesempatan, aku akan perkenalkan Cak Ru kepada Aishah dan Khairi.Hari ini, sempat juga google Cak Ru. Known as Antlion, rupa close up Cak Ru agak mengerikan, Hehehe..Insya Allah, one day I will update with some Cak Ru's photos.

Wednesday, August 18, 2010

My new discovery on Pok Loh Tut..

Guess what? I found something on Pok Loh Tut.. hehe.. he did exist! Laaa..Tok Choh dok wat lolok ghupenye..Cuma auta sikit je..pasal taik mata beso lutut..

Awang Goneng wrote in his blog:

"Pak Lah Tut came from Seberang Takir, across the river, every morning; wielding a stout staff and a heavy burden. And all he did when he arrived was to walk his few paces, then he'd freeze his footsteps in between, before twirling his alarming twirl while mouthing some wild incantations. And so he did every minute of his time, until the shutters were closed, and the shoppers were gone. He was a regular man of the marketplace, distinguishable from the milling crowd by his white beard and tatty headband, and a look that told little of him or what he was on, except that somewhere along the line, perhaps when he was very young, he'd veered off the centre of his mind."

Then, he later commented to ceklong:

"Salams. Yes, Pak Lah Tut did exist. He was a regular feature of Pasar Tanjung. Hot tempered he was, cussing and spitting, but not in the profanities of today's mad people, just pure anger. He looked like Santa Claus, grey beard, and carrying a bag of his geegaws."

Tuesday, August 17, 2010

Pok Loh Tut


Growing up in Terengganu with my "tok". "Tok" atau "Tok Choh" adalah panggilang keluarga kepada nenek sebeloh ibu. Nama sebeno Tok Choh ialah Hafsah binti Muda. Ada banyok kenangan pasa Tok Choh ni. Antaranya hok masih ingat sapa lening kisoh Pok Loh Tut. Aku dok tau Pok Loh Tut ni wujud ke dok kat Seberang Takir tu. Dok dang nok tanya. Pasal Tok doh tak dok meninggal dunia lama doh. Time muda belia dulu dok terlintah nok susur galur. Bila aku bbarok ngat, nano wat bising, payoh nok tidor ni ah modal Tok Choh cerita ke aku atau cucu-cucu dia hok lain.

"Sshhh...senyap! Jangang bising. Tekgi Pok Loh Tut maghi. Pok Loh Tut, taik mata beso lutut!"

Hmm..pikir-pikir balik, memang dok payoh nok cakap banyok ah..hok bising senyap tupah. Takut weih..sape nok jumpe ngan oghang hok taik dia mata beso kepala lutut? Geli gelemang. Selang dok lama jenere ah. Creative gok Tok Choh ni. Lening..gilirang aku pulok ambik modal ni bila anok-anok payoh nok tidur.Sian gok bila ingat kecek ke anok-anok dan rasa lucu bila kena kecek idup-idup di Tok Choh. Tapi apa-apa pun..terima kasih Tok Choh :) I miss you so much..

Monday, August 16, 2010

Pok De Yik


AlFatihah.. One of my father's best friend had passed away on last Saturday, 14th August 2010. Pok De Yik. That is the name we used to call him. It was after his real name "Muda". I'm not really sure how did "Yik" come across. At first, I was shocked with the sad news. Then, I have learned that how times has been passing by leaving us behind. A little girl has turned into a woman and that strong man has turned into an old man. He was a great man. Surely, his death is a great lost to his family. I'm really sure it is a great lost too to my father. Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. Dear Pok De Yik, may Allah bless you with the forgiveness and Jannah..Amin.