Sudah 19 tahun aku meninggalkan sekolah SMKA Tok Jiring, K.Trg. Kesibukan harian dan kerja seringkali menutup ruang-ruang kenangan yang sebenarnya masih terpahat di dalam diri. Akukah yang sebenarnya silap tidak mencari peluang?
Hubungan kami sebenarnya agak rapat. Aku mengenalinya sebagai seorang ustaz yang sangat baik. Suaranya yang lunak mengalunkan ayat-ayat al-Quran senantiasa mendamaikan jiwaku. Kadang kala aku mendengarnya membacakan ayat-ayat suci menerusi corong radio negeri Terengganu. Dia mengajarku tajwid dan mengaji.Sering jua ustaz mempelawa aku belajar tarannum bersamanya. Namun aku menolak dengan baik kerana aku malu tidak mempunyai nafas yang panjang. Qaari dan Qaari'ah mestilah yang berbakat-bakat sahaja fikirku.
Usai kelas kokurikulum dan aktiviti petang di sekolah, Ustaz sering kali menolong menghantar aku balik kerumah. Jarak yang jauh dan ketiadaaan pengangkutan awam mungkin jua peluang keemasan bagi ustaz berbuat kebaikan di jalan Allah. Ustaz seorang yang lemah lembut dan sering menyantuni ibubapaku. Aku pernah bertandang kerumahnya dan melawat isteri dan anak-anaknya. Namun aku sudah lupa dimana rumahnya sekarang.
Adakah bila kita mengingati seseorang bermakna dia jua sedang mengingati kita? Telepati? Kebelakangan ini, aku selalu teringatkan ustaz.Kesibukan selama ini kerapkali menutup ruang ingatanku kepada Ustaz yang telah banyak berbakti. Aku menyesali kealpaan ini dan hati dipalu rindu. Kata Pok Jak, kita akan ingat semula banyak memori-memori semasa kita muda apabila kita sunyi. Bilakah waktu sunyi? Waktu kita sudah tua dan bersendirian. Sewaktu tiada lagi kesibukan harian dan anak-anak disisi.. itu lebih-lebih lagi. Aku sudah tua? Hmm..bagaimana dengan ustaz?
Tanggal 18 April 2011 (Isnin). Aku melayari akaun facebook. Rakanku Mohd Abdul Nasir memaklumkan:
-----------------
alfatihah buat al-fadil ust Mohd Noor Besar, kembali ke rahmatullah sebentar tadi.. moga berbahagia ia bersama ahli al-Qur'an... اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Sunday/11.00++ malam.
---------------
Innalillah... dan aku terpana seketika. Aku menelefon kakak supaya dapat memaklumkan berita sedih ini kepada ibuku yang tercinta. Aku mencari-mencari lagi di Internet dan aku menemui ini..
-------------------------------
Ustaz Mat Nor Besar dalam Keadaan Koma
Posted by syahmiyusof on May 29 2009 14:05:53 Assalamu'alaikum..
Salam Ukhuwwah dan perkenalan buat sahabat-sahabat sekalian.
Ana memohon maaf untuk ambil sedikit ruang dalam webpage ini. Ana mendapat berita dari adik-adik di Sheikh Malek. Yakni berkenaan keadaan Ustaz Mohd Noor Besar yang dalam keadaan koma.
Tempat: Ward ICU, Tingkat 3, Hospital Nur
zahirah @ Hospital Besar Kuala Terengganu
Dari maklumat yang ana dapat, ustaz koma atas asbab serang kuman ke otak. Harapan, kita sama-sama berdoa dan solat hajat semoga Ustaz yang byk berjasa kebada kita kembali pulih. InsyaAllah. Sebarang pembetulan dipersilakan.
------------------------
Aku tidak pasti catatan syahmiyusof pada May 29 2009 ini merujuk kepada orang yang sama. Namun yang pasti..carianku sudah terlewat. Benarlah!! Demi masa Asar..sesungguhnya manusia didalam kerugian..
Ustaz, semoga ditempatkan di syurga bersama ahli Qur'an dan orang-orang yang solih. Amin.
2 comments:
SMKA Tok Jirin? Are you from my area? From time to time I have odd pupils from that school joining classes at Almanar.
Salam Pokcik,
Ya. Saya bekas pelajar SMKA Tok Jiring. Asal Seberang Takir. Dok jauh mane ngan Ngabang Telipot..
Tell me on Almanar.. any entry on it?
Post a Comment