Showing posts with label Tok Choh. Show all posts
Showing posts with label Tok Choh. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Belut.. hmm...sedapnye..

Ada hok suke..ade hok dok suke..geli-gelemang pun ade..
tapi ambe bulih gi belake.. :)
Buat sup sedap..goreng pun sedap ni. Belut kuning lior beso gini jarang bulih jjupe.

Bap (bapa) cerita, jamang dulu belut kaso-kaso beso batang lampu suluh. Lening payoh doh nok jjupe. Mase bap kecik-kecik dulu paka lepo hidup-hidup dalam api.Geleding geliat kawang dalam api.. Pah masok, pakat makang ngan kawang-kawang. Laa..ganah sungguh kisoh budok-budok jamang dulu.

Tok Choh pulok dok makang pasal dia geli-gelemang. Penoh aku wak ngosek ngacah nok lepo ke dia. "Tok! Ular!!.."' Tok Choh jjerit macang dok sedor diri. Aku pulok kkejut hehe.. Pah hari tu..aku ttobat tak mboh ngosek dia lagi. Nyaknye ngat tengok dia..

Nok takap belut kene ada skill jugok. Pok Awang Kubang Jela dulu pernoh gok tunjuk ke bab dan aku perangkap batang buluh nok takap belut. Umpang die senang je..ikang selayang kukuh. Itulah sikit sebanyok pasal belut. Ini gambo kami beli belut tepi jalan kat Dungun.




Wednesday, November 24, 2010

Cak Ru



:::Kawah-kawah sarang Cak Ru di bawah chalet. Lokasi: Pulau Tioman, 2009:::

Apa ada pada nama..

Ada yang memanggilnya "Cik Ru". Aku pula panggil "Cak Ru". Mungkin ada yang pernah lihat..mungkin ada tak kenal langsung.. Tak kenal maka tak cinta. Cak Ru bersarang ditempat berpasir dan ia berjalan mengundur. Membenamkan dirinya didalam pasir, teknik ambush dan makan serangga kecil yang terjatuh kedalam lubang sarangnya memang unik. In 1980s, there was an outdoor session for science class at SMK Ibrahim Fikri (SIF). It was the day they found sarang Cak Ru dan berjaya mengeluarkan isi tuan rumahnya.
"Kelas..apakah nama serangga ini? " tanya si guru..
Dengan yakin salah seorang pelajar menjawab.."Cik Gu..cikgu!!"
Jawabannya disambut dengan hilaian semua pelajar termasuk guru itu sendiri.

Once upon a time..

Aku membesar bersama Cak Ru. Mengail Cak Ru. Inilah permainan wajib sewaktu kecil apabila bertandang ke rumah Tok Choh. Ralit. menghabiskan masa berjam-jam mengail Cak Ru dengan sehelai rambut. Caranya mudah sekali. Kaup pasir dari dalam sarang Cak Ru dan dapatkan yang pertama. Ikat leher Cak Ru dengan rambut dan masukkan kedalam sarang yang lain. Cak Ru umpan akan ditangkap oleh Cak Ru lain yang menyangka "hidangan" dah tiba. Inilah masanya untuk menarik rambut naik keatas dan operasi mengail dikira berjaya. Setelah berpuas hati dengan hasil tangkapan.. hehe..selepas tu..hendaklah dilepaskan semula.Jangan sesekali khianat atau dipenyet. Esok-esok, cari lagi.


Itu permainan zaman kanak-kanak dulu. Anak-anak sekarang mana kenal semua tu..
Maybe one day, kalau ada kesempatan, aku akan perkenalkan Cak Ru kepada Aishah dan Khairi.Hari ini, sempat juga google Cak Ru. Known as Antlion, rupa close up Cak Ru agak mengerikan, Hehehe..Insya Allah, one day I will update with some Cak Ru's photos.

Tuesday, August 17, 2010

Pok Loh Tut


Growing up in Terengganu with my "tok". "Tok" atau "Tok Choh" adalah panggilang keluarga kepada nenek sebeloh ibu. Nama sebeno Tok Choh ialah Hafsah binti Muda. Ada banyok kenangan pasa Tok Choh ni. Antaranya hok masih ingat sapa lening kisoh Pok Loh Tut. Aku dok tau Pok Loh Tut ni wujud ke dok kat Seberang Takir tu. Dok dang nok tanya. Pasal Tok doh tak dok meninggal dunia lama doh. Time muda belia dulu dok terlintah nok susur galur. Bila aku bbarok ngat, nano wat bising, payoh nok tidor ni ah modal Tok Choh cerita ke aku atau cucu-cucu dia hok lain.

"Sshhh...senyap! Jangang bising. Tekgi Pok Loh Tut maghi. Pok Loh Tut, taik mata beso lutut!"

Hmm..pikir-pikir balik, memang dok payoh nok cakap banyok ah..hok bising senyap tupah. Takut weih..sape nok jumpe ngan oghang hok taik dia mata beso kepala lutut? Geli gelemang. Selang dok lama jenere ah. Creative gok Tok Choh ni. Lening..gilirang aku pulok ambik modal ni bila anok-anok payoh nok tidur.Sian gok bila ingat kecek ke anok-anok dan rasa lucu bila kena kecek idup-idup di Tok Choh. Tapi apa-apa pun..terima kasih Tok Choh :) I miss you so much..