Wednesday, November 24, 2010

Cak Ru



:::Kawah-kawah sarang Cak Ru di bawah chalet. Lokasi: Pulau Tioman, 2009:::

Apa ada pada nama..

Ada yang memanggilnya "Cik Ru". Aku pula panggil "Cak Ru". Mungkin ada yang pernah lihat..mungkin ada tak kenal langsung.. Tak kenal maka tak cinta. Cak Ru bersarang ditempat berpasir dan ia berjalan mengundur. Membenamkan dirinya didalam pasir, teknik ambush dan makan serangga kecil yang terjatuh kedalam lubang sarangnya memang unik. In 1980s, there was an outdoor session for science class at SMK Ibrahim Fikri (SIF). It was the day they found sarang Cak Ru dan berjaya mengeluarkan isi tuan rumahnya.
"Kelas..apakah nama serangga ini? " tanya si guru..
Dengan yakin salah seorang pelajar menjawab.."Cik Gu..cikgu!!"
Jawabannya disambut dengan hilaian semua pelajar termasuk guru itu sendiri.

Once upon a time..

Aku membesar bersama Cak Ru. Mengail Cak Ru. Inilah permainan wajib sewaktu kecil apabila bertandang ke rumah Tok Choh. Ralit. menghabiskan masa berjam-jam mengail Cak Ru dengan sehelai rambut. Caranya mudah sekali. Kaup pasir dari dalam sarang Cak Ru dan dapatkan yang pertama. Ikat leher Cak Ru dengan rambut dan masukkan kedalam sarang yang lain. Cak Ru umpan akan ditangkap oleh Cak Ru lain yang menyangka "hidangan" dah tiba. Inilah masanya untuk menarik rambut naik keatas dan operasi mengail dikira berjaya. Setelah berpuas hati dengan hasil tangkapan.. hehe..selepas tu..hendaklah dilepaskan semula.Jangan sesekali khianat atau dipenyet. Esok-esok, cari lagi.


Itu permainan zaman kanak-kanak dulu. Anak-anak sekarang mana kenal semua tu..
Maybe one day, kalau ada kesempatan, aku akan perkenalkan Cak Ru kepada Aishah dan Khairi.Hari ini, sempat juga google Cak Ru. Known as Antlion, rupa close up Cak Ru agak mengerikan, Hehehe..Insya Allah, one day I will update with some Cak Ru's photos.

2 comments:

Lieza said...

saye panggil cikgu ru.. mmg beh la.. siap tanding sape dapat ibu cikgu.. ( yg paling besor la.. ) hahahah...

asamkeping said...

hah!..saya dah jumpe geng.. haha..