
Tekun..Amil meneliti dan menyemak senarai nama peserta.

Alhamdulillah..tahun ini bilangan peserta boleh tahan.. 35 bahagian..

Kaum ibu turut serta.. Ada juga peserta membuat bayaran pada hari pemyembelihan. Aku terharu dengan kepercayaan dan sifat menunaikan janji antara mereka.

Seraut wajah yang menarik perhatianku..

Father and son.. terima kasih abang diatas pengorbananmu selama ini dan akan datang..Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa.. :)

Bismillah...

Masha Allah.. lembu-lembunya tambun betul dan sihat-sihat..Alhamdulillah..

Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk di sekitar Masjid Batu Buruk memang hebat!!

Anak-anak memerhati dengan penuh minat..

Korban itu sebenarnya adalah darah binatang korban yang mengalir..Kata Ustaz Ali, UIAM Kuantan. Terima kasih ustaz kerana memberikan kesedaran kepada kami..

Haji Awang tukang sembelih.. Hari ini 5 ekor lembu telah dikorbankan..

Semoga anak-anak ini faham akan erti pengorbanan yang sebenar..

Operasi melapah..

Menanti daging diagihkan.. semoga dipanjangkan umur dan berpeluang lagi mengerjakan ibadah korban. Ya Allah yang maha pengasih lagi penyayang, terimalah ibadat kami ini. Sucikanlah hati kami daripada sifat-sifat mazmumah dan jadikanlah kami dari kalangan orang yang diterima taubatnya..Amin..
No comments:
Post a Comment