Tuesday, November 30, 2010

Monsoon Cup 2010

Monsoon Cup sudah bermula and it will end on this 5th December 2010.
Kala ini duk terbayang air keroh di muka Kuala. Laut kucoh orang kelaut payoh nok tangkap ikan. Melihat schedule acara sepanjang Monsoon Cup 2010 napok merioh. Kalu dang balik Ganu hujung minggu ni comeil jugok. Nok kelih jugok acara rakyat biar ah set-set mat saleh tu nok belayor kapal nok belumba gi mari gi mari pong. Abang weih..kita pakat balik ah..guane gamok?

Thursday, November 25, 2010

Ibadah Korban 2010

Sekitar korban 2010 di Masjid Batu Buruk, Kuala Terengganu.


Tekun..Amil meneliti dan menyemak senarai nama peserta.


Alhamdulillah..tahun ini bilangan peserta boleh tahan.. 35 bahagian..


Kaum ibu turut serta.. Ada juga peserta membuat bayaran pada hari pemyembelihan. Aku terharu dengan kepercayaan dan sifat menunaikan janji antara mereka.


Seraut wajah yang menarik perhatianku..


Father and son.. terima kasih abang diatas pengorbananmu selama ini dan akan datang..Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa.. :)


Bismillah...


Masha Allah.. lembu-lembunya tambun betul dan sihat-sihat..Alhamdulillah..


Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk di sekitar Masjid Batu Buruk memang hebat!!


Anak-anak memerhati dengan penuh minat..


Korban itu sebenarnya adalah darah binatang korban yang mengalir..Kata Ustaz Ali, UIAM Kuantan. Terima kasih ustaz kerana memberikan kesedaran kepada kami..


Haji Awang tukang sembelih.. Hari ini 5 ekor lembu telah dikorbankan..


Semoga anak-anak ini faham akan erti pengorbanan yang sebenar..


Operasi melapah..


Menanti daging diagihkan.. semoga dipanjangkan umur dan berpeluang lagi mengerjakan ibadah korban. Ya Allah yang maha pengasih lagi penyayang, terimalah ibadat kami ini. Sucikanlah hati kami daripada sifat-sifat mazmumah dan jadikanlah kami dari kalangan orang yang diterima taubatnya..Amin..

Jawlah hawla Kuala Terenjanu

Betul ke tidok dok tahulah tajuk entry bahasa arab kali ni. Maksudnya "Jalang makang angin yakni bersior-sior sekito Kuala Terengganu". Kali ning kita gi kat Qoryah asSiin.. @ Kampung Cine a.k.a Chinatown.


Aishah ssukaan..bulih duk ddepang atah riba mama dan paka lipisss..tik.. :)


Mende apa mmikir dok tau.. Na..na..na..na..na..Ganu kite..gamoknye.


Hiasan pale ggetok..hmm..menarik gok!..ambe ccakak masjid ni....dok nawok ssikit pong..


Seidey tu..making luah pulok kampung cine ni nye tambok dia...


"Doh guane pulok sunga koho sempit? Kalu ada ape-ape hal kat empangan Kenyir kena lepah air..banjir abihlah tegelang kampung orang susoh...Mung dok tahu nyakit.." kata Pok Li.


Pembangunang dek Monsoon Cup..


"Dok sok lagi kalu mung nampok pitu gerbang ni..memang mung kat Kampung Cine"..Cik Teh Wang Semail.


Tokong terbakor..dalang peringkat baik pulih agi..



Dok maing ah jalang tar lening..hehe...

@@@@@@@@@@ THE END @@@@@@@@@@@

Wednesday, November 24, 2010

Cak Ru



:::Kawah-kawah sarang Cak Ru di bawah chalet. Lokasi: Pulau Tioman, 2009:::

Apa ada pada nama..

Ada yang memanggilnya "Cik Ru". Aku pula panggil "Cak Ru". Mungkin ada yang pernah lihat..mungkin ada tak kenal langsung.. Tak kenal maka tak cinta. Cak Ru bersarang ditempat berpasir dan ia berjalan mengundur. Membenamkan dirinya didalam pasir, teknik ambush dan makan serangga kecil yang terjatuh kedalam lubang sarangnya memang unik. In 1980s, there was an outdoor session for science class at SMK Ibrahim Fikri (SIF). It was the day they found sarang Cak Ru dan berjaya mengeluarkan isi tuan rumahnya.
"Kelas..apakah nama serangga ini? " tanya si guru..
Dengan yakin salah seorang pelajar menjawab.."Cik Gu..cikgu!!"
Jawabannya disambut dengan hilaian semua pelajar termasuk guru itu sendiri.

Once upon a time..

Aku membesar bersama Cak Ru. Mengail Cak Ru. Inilah permainan wajib sewaktu kecil apabila bertandang ke rumah Tok Choh. Ralit. menghabiskan masa berjam-jam mengail Cak Ru dengan sehelai rambut. Caranya mudah sekali. Kaup pasir dari dalam sarang Cak Ru dan dapatkan yang pertama. Ikat leher Cak Ru dengan rambut dan masukkan kedalam sarang yang lain. Cak Ru umpan akan ditangkap oleh Cak Ru lain yang menyangka "hidangan" dah tiba. Inilah masanya untuk menarik rambut naik keatas dan operasi mengail dikira berjaya. Setelah berpuas hati dengan hasil tangkapan.. hehe..selepas tu..hendaklah dilepaskan semula.Jangan sesekali khianat atau dipenyet. Esok-esok, cari lagi.


Itu permainan zaman kanak-kanak dulu. Anak-anak sekarang mana kenal semua tu..
Maybe one day, kalau ada kesempatan, aku akan perkenalkan Cak Ru kepada Aishah dan Khairi.Hari ini, sempat juga google Cak Ru. Known as Antlion, rupa close up Cak Ru agak mengerikan, Hehehe..Insya Allah, one day I will update with some Cak Ru's photos.

Monday, November 22, 2010

Happy birthday abang..

Happy birthday abang!! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan untuk beramal kepada Allah S.W.T. Semoga dipermudahkan segala urusan duniawi dan akhirat..Amin..Amin..We love you so..much!! Thanks for..


...being my loyal husband..ingat tu...mmuahaha..


..your kesabaran melayan kerenah anak-anak..



...mmuahh!!..Khairi saa..yang abah!!..




...for washing my CE..hehe..

Tuesday, November 16, 2010

Jawaban si kecil


We love you so much.. Venue: In Citroen Evasion

Suatu hari kami sedang berjalan dihadapan pasaraya Carrefour, East Coast Mall Kuantan. Satu famili Cina sedang mengerah tenaga menolak dua trolley penuh air "koi nak koi sebut"..hehe..
Adoii..si anak perempuan sebaya Aishah dan ibu di hadapan manakala si anak lelaki juga sebaya Khairi menolong si bapa pula menyusul di belakang bersusah-payah menolak trolley yang berat. Pendek kata memang happy famili bab tolong-menolong.

"Oh..paghok!!.. komenku bila melihat apa yang diborong mereka.
"Apa Ma?".. tanya Aishah.
"Itulah..banyok sungguh beli air Carlsberg. Nok beniaga kot.." aku mengandai.
Tiba-tiba khairi mencelah selamba..
"Tak, dia oghang nok badi dang sape hok sendawa dulu.."
Hehehe...Khairi..oh..Khairi..



Khairi on his 5th birthday 2009. Venue: Uncle Tan's workshop

Wednesday, November 10, 2010

Outing for pizza

Menikmati setiap detik emas bersama yang tersayang sambil makan pizza. Venue: Pizza Hut, Kuantan Parade.


Happy moment..


Father and daughter..


Ketua keluarga..Daulat Tuanku!.. :)


Kadang-kadang..masih ada yang tak puas hati...


PepsiMax for Khairi.. sugar free.. hehe..

Wednesday, November 3, 2010

Umurku pendek lagi setahun..

Famili
Malam tadi lokong pulang awal dari Kemaman. Arrived at 9.00 p.m..Nak bersama mama by 12 malam katanya. Sampai je kat pintu rumah, Amin awal-awal nyanyi Happy birthday to you mama.. sambil gelak-gelak. Mama buat "dek" je..tau dah..ni mesti nak mintak kek ke apa-apa.. adoii.. Siap tanya, "Mama dan Abah tak nak keluar ke? Pizza ke.." Tau dah.. nak makan lagilah tu. Anak-anak bujang.. nafsu makannya macam naga! :)
Walhal dah singgah makan on the way home.


buat aku vs. buat abang
Kami sebenarnya dah celebrate lebih awal. Lokong dah belanja aku, Khairi dah Aishah makan Pizza. Hehe..dia dah hadiahkan aku digital camera Canon PowerShot G12 (sebenarnya dia yang nak..) Tak abis lagi baca manual walaupun dah snap gambar Liza dan Shakir.. :). Kena baca gak, nanti jadi macam mesin jahit kat setahun dah dalam kotak lagi..mmuahaha..
Terima kasih ye bang for the G12.. Love you so much..walau pun mama tahu mama kena keluar duit by 22/11 ni pulak..tapi permintaan abang ni memanglah tak patut. Abang mintak mama belikan Nikon D90 atau D7000!!(Walhal mama yang nak benda ni..) terbalik..terbalik..

Buat my stepsons
Amin, Hafiz & Syukri.. nantilah kita keluar sama-sama yek..mama belanja makan. Makanlah sepuas hati kalian....NAGA!!