For my hubby.. KALAU menyanyi perlahan-lahan DIBAWA angin terdengar jauh KALAU hati tidak tertahan DIDALAM air badan berpeluh BUNGA melati di dalam taman DAUN yang hijau banyak yang gugur KALAU turut makrifat iman TIDAK kan air mungkin bercampur KALAU takut dilambung ombak JANGAN berumah ditepi pantai IKAN di laut ASAM di darat DALAM periuk bikin muafakat
Monday, April 4, 2011
Kisah suami isteri ada-ada saja..
Source: http://www.sodahead.com/entertainment/which-celeb-dad-is-too-old-to-play-catch/question-1522231/
Ikut hati mati
Ikut rasa binasa
Selama ini hanya melihat kisah dalam drama atau bahan bacaan. Semalam kejadian betul-betul dihadapan mata.
Mood petang itu aku bersedih kerana terpaksa berpisah lagi dengan suami yang akan bertolak ke tempat kerja mencari rezeki buat keluarga. Dia harus ke Loji Air Bukit Sah, Kemaman dan kemudiannya ke Loji Air Serdang, Dungun. Kami sedang berpesan-pesan..
kepada suami, aku berpesan agar hati-hati memandu dan menjaga diri di tempat kerja.Dia pula seperti biasa mengingatkan aku agar menjaga anak-anak dengan baik dan senantiasa memastikan pintu rumah berkunci. Anak-anak pula berebut-rebut mencium tangan dan pipi suami.
Tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu laju brek dan berhenti mengejut di seberang jalan. Seorang lelaki keluar dari kereta dan memarahi seorang wanita dengan suara yang keras. Dia bertempik dan menengking-nengking tanpa menghiraukan sekeliling. Pada mulanya si wanita malang itu seperti hendak keluar dari kereta, namun menutup semula pintu. Lelaki tadi memasuki semula kereta dan memecut semula kereta dengan laju.
Kami terpingga-pingga. Air muka suami berubah. Katanya dia tidak boleh melihat kejadian sebegini. Lelaki itu sudah gila komen suamiku. Tidak sepatutnya dia menunjuk kekuatan seorang lelaki dengan cara begitu. Walau besar kesalahan si isteri dan jika marah sekali pun, sebaiknya dia meninggalkan isterinya terlebih dahulu dan mencari jalan keluar daripada permasalahan bila hati sudah mula sejuk. "Sesetengah orang, dia menganggap (untuk) mendapat seorang isteri sangat mudah"..geleng suamiku.Aku kasihan kepada wanita itu. Sudah tentu hatinya remuk diperlakukan seperti itu.
Dari jauh seorang remaja sekolah kulihat tiba-tiba menghentikan basikal ditengah-tengah jalan dan memerhati sesuatu di belakangnya dengan wajah yang tertanya-tanya. ..Oh..rupa-rupanya lelaki yang sudah hilang kewarasan itu telah berhenti lagi di hentian bas sekolah dan menyambung lagi kisah gila petang itu. Si isteri hanya menangis dan terus menangis.
Petang itu juga, kami mendapat suatu peringatan. Sekeras-keras suara lelaki itu memarahi isterinya... keras lagi peringatan Allah buat kami yang menyaksikan. Hargailah suami atau isteri yang dimiliki. Dia adalah yang terbaik buat kita. Masing-masing adalah pakaian antara satu sama lain. Jagalah maruah pasangan dan sayangilah dia dikesempatan yang masih tinggal ini. Anugerah ini tidak pula kita ketahui bila masanya akan diragut pergi oleh Subhanahu wata'aala..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Fact is stranger than fiction. Or seeing is believing. These unexpected incidents are becoming usual these days. It is scary to think what it will be like in future. We can only do that much but we have to make sure our children are being guided well.
Post a Comment