HAJAT TERLAKSANA:
Berjaya beli biskut raya tunjuk sahaja. Sebelum Ramadhan tiba inilah azam aku. Malas nok wat kuih/biskut raya. Mood tarak!
HAJAT YANG MERANA:
Ada yang mulut gatal bagi arahan ke kak Yah jangan jahit dulu leher baju kurung. Aku nok tikam sendiri. Aiseh..punyalah chef dari Kuantan ni banyok kerje.. hari raya ke 5 baru boleh pakai..muahaha.. sungkur-sembam nok leh ke siap. Dalam hati..bakpelah aku dok suruh Kak Yah jahit bodoh je leher baju kurung nih? Bukan orang nampok pun. kang pakai tudung? ##*#4!!!@%..
HAJAT YANG BERPULAH-CAWAH:
1)Satay raya-planning nok wak satay awal2 kat Kuantan. Wak balik hok siap doh ke Teganu. Sudahan wak kat ganu gok. kerahan tenaga siapa lagi mangsanya kalu bukan anok-anok bujang 3 orang tu..tapi Aishah dan Khairi tumpang sibuk sekali.
Malam pulok, abang, aku dan Kak Yah ngusuh tukang bbako satay hilang..gi bederat. Pagi kat Suboh baru balik. Anok bujang 2 orang tu, dang bulih anok kuci kereta dia pulah ke stereng dok ingat nok balik!! Janji nok keluor kejap je. Sudoh nye kene beleber di pagi raya dan kena dera bako satay selepas solat raya. Doh nok wat guane? Sape suruh? hahaha..
2)Nok tidur awal malam raya-Aku ingat dang tahun ni tidur awal.. tapi tidur kat pukul 4 pagi jugok pasal kene rebus semula ketupat nasi @ nasi kapit dok dang masok betul.
Cik Abang mintok maaf pasal dia yang bagi arahan angkat awal.
Abang: "Masok doh..masok doh..angkat ah mama..".
Aku: "ye ker abang? rasa2 kena lama lagi.."
Abang: "Angkat ah..masok doh ni.."
Maka isteri yang solehah pun ikutlah..pah tu.. bile test ngan kuoh kacang..nasi kapit relai sutei-sutei dalam mangkuk. Haru-haru.. pasal aku doh siap kirim ke my mother. Mesti dia gelak nasi kapit aku dok jadi molek. Jatuh saham aku!
HAJAT TERTANGGUH:
Menziarahi pusara Cik Esah, Ayoh Long, Kak Dasiemah Rohani, Tok Choh, Tok Ki Mat dan Pok Mahari. Insya Allah, Oktober nanti.
Beraya ngan Mok Noor.
No comments:
Post a Comment