Wednesday, September 22, 2010

Aku, Wahidah dan Opis Terbuka Library 2010

Duit dah banyak habis berbelanja..kederat pun sama..peluh menitik-nitik angkut barang-barang. Panas weih... hari ni pergi pasar pulak ngan Wahidah. Kesian pulak tengok ahli club ibu mengandung angkut barang walaupun suhun 500 gram..hehe.. aku angkut yang berat-berat takut lak kalau jadi apa-apa kat Wahidah, cik abe dia saman aku. Tapi..yang lucunya dia jalan laju betul dalam pasar tu..terutama time nak gi beli kaki ayam Kak Syimah..hehe..sayup aku kena tinggal..Fuh! panggilan kaki ayam berhantu betul. Aku takut jalan laju-laju..licin kalau jatuh, kena bangun sendiri. Hajat nak tegur dia time tu, tapi kesian lak mati pulak excitement dia nak beli kaki ayam..hehe..
Lepas shopping, Wahidah belanja aku minum air tebu 2 gelas..(macam baru buka pose hari pertama jer..) Dek kerana happy..aku terus lupa nak nasihatkan dia supaya jangan jalan laju-laju lagi dalam pasar!! Anyway, terima kasih daun keladi ye..

No comments: