Thursday, May 26, 2011

Exam dan gangguan

Minggu exam sekolah ni banyak dugaan. Dugaan pada budak.. dugaan pada mama budaknya. Khairi berhempas-pulas belajar dan ulangkaji.. mama pulak tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Sehari dua tertekan juga bila terkenang kata-kata cikgu sekolah anak.

Last week jumpa cikgu tanya perkembangan pelajaran Khairi. Ada dua subjek yang buku latihannya memusykilkan hati ini. Cikgu tak bagi latihan ke? Tidak pernah bawa pulang kerja rumah.

Penjelasan cikgu: Khairi banyak termenung dalam kelas. Cikgu tak dapat tumpu pada dia seorang. Dia lambat menyalin nota dipapan hitam.

Aku cadangkan cikgu menanda mukasurat yang perlu disiapkan.

Kemudian bila ditanya olehku: "Cikgu, how can we help him?"

Jawab cikgu: "Entahlah kak, saya TAK tahulah nak buat apa lagi.."

Sadis betul jawaban dua orang cikgu ni. Kadang-kadang rasa pihak sekolah kena hantar cikgu dan cikgi ni pergi kelas motivation. Profession perguruan ni bukan sekadar nak dapatkan gaji semata-mata. Alangkah beruntungnya orang-orang yang betul niatnya dari awal. Niat ikhlas untuk mendidik anak bangsa dan seugama. Tiada putus asa dan lepas tangan begitu sahaja. Sudah tentu jawabannya tidak sepahit yang aku terima ini.

Dugaan macam-macam. Sedang mengajar anak ulangkaji di meja kecil. Tiba-tiba.. arrgh!! Lari Khairi! Lari.. Tu dia eih... out of no where..merayap just few inches dari kaki kami.







Malam itu tiada siapa yang cedera atau digigit lipan. Cuma ada seorang mama yang melompat-lompat atas sofa dan seorang budak yang tidur lebih awal daripada biasa dek terkejut.

5 comments:

Lieza said...

adehhhhh....
cikgu sekarang...

lipannnn....
ooo lipannnnnnn huhuhu

asamkeping said...

Itulah Lieza, kena tabah dan bergantung pada Ilahi bila berdepan dengan dugaan-dugaan sebegini..

Al-Manar said...

Pakcik sudah hilang kepercayaan kepada kebanyakkan guru guru sekarang. Sungguh sedih bila difikirkan yang Pakcik sudah bertukus lumus tiap tiap hari selama 17 tahun hingga kan hari minggu menolong anak anak secara percuma kerana sayangkan anak bangsa. Ramai yang tak peduli masalah budak budak. Apatah lagi dikampong ini ramai ibu bapa yang tidak berpelajaran . Tak tah hendak membuat aduan. Semua yang dilakukan guru terima sahaja.

Al-Manar said...

Alangkah sedihnya kalau guru cuma menganggapkan kerejanya semata mata sumbar pencarian dan talk lebih dari itu.

asamkeping said...

Betul pakcik. Susah betul mencari insan-insan yang berhati emas...
yang pasti kitalah yang perlu mendahului dalam mengejar kebaikan. Insya Allah.. hati emas itu ada dalam diri kita sendiri. Amin..