Friday, April 6, 2012

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah, majlis akad nikah anakanda Mohd Aminuddin dengan pasangannya Nurul selamat dilangsungkan pada pagi Sabtu, 31.3.2012.


Debaran sebelum majlis akad nikah.


Selamat pengantin baru.. semoga perkahwinan diberkahi dan berbahagia sehingga ke akhir hayat. Amin..


Peminat kecil..Bilalah nak dapat rasa kek?..

The paparazzi.. :) nah amik!!
Sebahagian daripada keluarga yang hadir.

Album keluarga baru 2012.

Monday, March 19, 2012

Bermadoh

Perjalanan pulang ke Kuantan bersama 2 anak kecil..

Bertolak jam 6 petang. Singgah makan di kedai makan Talib yang terletak di Kemaman dalam jam 8.38 malam sebelum meneruskan perjalanan sejam kemudian. "Lajunya mama..tekgi nok kabo ke aboh ah.." usik Hafiz melalui perbualan telefon. "Laju ke? dalam 90 je.." balas aku. (dalam hati..hehe..ada masa terlajak dalam 100 juga...)
Kata Hafiz, dia masih di Chendering, berhenti makan.
Sebenarnya aku ni berlumba-lumba dengan kelajuan cahaya matahari. Sebolehnya mahu perjalanan pulang secepat mungkin sampai ke destinasi.
Stress terpaksa memandu malam sendiri. Mata ini alah silau. Hafiz dan 2 rakan menyusul dengan kereta citroen ZX kurang lebih sejam lewat dari KT. Abang pula bertolak dalam pukul 10 mlm selesai segala urusan di KT dengan lori.

3 buah kenderaan..

Semuanya dangan satu tujuan : BERMADOH kata orang Teganu...

Friday, March 9, 2012

Jadi guru

Seringkali apabila dimaklumkan akan nama institusi tempatku berkerja.. orang akan bertanya kembali:

"Jadi lecturer ke?"

Itulah soalannya. Sama sahaja. Baik daripada rakan-rakan "pesbuk" yang baru menyambung kembali silaturrahim setelah sekian lama membawa haluan masing-masing usai tamat sekolah menengah atau universiti.. hatta daripada makcik jual pisang goreng di Bukit Pelindung. Terbaru..soalan sama daripada seorang bekas pelajarku di Cosmopoint Kuantan.

Jawabku:
Librarian.. nurturing tomorrow's intellectuals.. :)
berbakti dengan caraku sendiri..nak mengajar..dah tak berapa pandai..

Jawab ibnu Khalid:
Xpelah..sgala dr tuhan yg esa,namun cebis2 hikmah dlu msh ad dlm hati,dan trus d amal,kadang jd hujah buatku,kadang dalil buatku..trm ksh guruku

...Chat conversation end..

Tiba-tiba teringatkan pengakuannya about 4 years ago. Ada nasihatku yang menjadikan dirinya celik. Dia akui dirinya agak nakal. Dia mula mencari dirinya sendiri..mencari Penciptanya. Habis pengajiannya di Kolej, dia memasuki sekolah pondok dan memperbaiki diri. Pengakuannya membuatkan aku terpana. Maha suci Allah. Dialah Al-Hadi. memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Ya Allah.. jauh di sudut hati aku tahu dia jujur. Sebenarnya, tanpa kita sedari.. "roh" guru ada di dalam diri kita sendiri. Sesiapa sahaja boleh menjadi guru. Kita berguru dengan yang lebih tua atau pun lebih muda. Baik sesama muslim atau sebaliknya. Secara formal atau tidak formal.

Duhai adik..
Duhai kakak..
Duhai abang..
Duhai makcik..
Duhai pakcik..

SUDIKAH DIKAU MENJADI GURUKU?



Friday, January 27, 2012

The Two Half-Brothers



Hafiz melayan adiknya Khairi menyanyi..
One, two, three..the rest tak tau bahasa apa.. tak dapat nak tangkap dah.. :)

Monday, January 9, 2012

Kerana mama pelupa..

**** Kenangan Aishah bersama rakan-rakan di Tadika Sri Melur, IM6 ****

Ahad. Apabila hubby tiada di rumah, ketiadaan semangat untuk menjenguk dapur yang masih belum siap. Angkut Aishah dan Khairi cari makan di sekitar Beserah. Singgah kedai Apek, Aishah beli 2 batang ais krim. Kemudian kami pesan 2 mangkuk mee sup di sebuah kedai makan berdekatan. Khairi dalam dunianya menonton cerita kartun di TV.

Aiskrim hampir separuh dimakan apabila pesanan sampai. Tiba-tiba Aishah tanya tuan kedai boleh tak simpan aiskrim dalam peti sejuk? Mulanya kami agak terkejut dengan permintaan budak 5 tahun ni. Makcik kedai bawa mangkuk kecil pada sangkaannya Aishah nak simpan aiskrim yang sedang dimakan kerana mahu menjamah mee sup. Meleset. Aishah mahu aiskrim keduanya disimpan agar tidak cair. Terima kasih ucapku.

Semasa makcik berlalu ke dapur untuk menyimpan aiskrim, tiba-tiba Aishah memandang padaku sambil tersenyum manis dia berkata: "Baik hati.."
Apa Aishah? tanyaku mencari kepastian. Sekali lagi Aishah berkata: "Baik hati".. sambil matanya melirik ke arah makcik.
Alahai.. budak kecil sudah tahu menilai dan memuji.. aku sekadar mengucap terima kasih.. Aku mempelajari sesuatu daripada Aishah. Terima kasih sayang.. catatan ini adalah buat mama sendiri..semoga tidak mudah lupa lagi.