Perjalanan pulang ke Kuantan bersama 2 anak kecil..
Bertolak jam 6 petang. Singgah makan di kedai makan Talib yang terletak di Kemaman dalam jam 8.38 malam sebelum meneruskan perjalanan sejam kemudian. "Lajunya mama..tekgi nok kabo ke aboh ah.." usik Hafiz melalui perbualan telefon. "Laju ke? dalam 90 je.." balas aku. (dalam hati..hehe..ada masa terlajak dalam 100 juga...)
Kata Hafiz, dia masih di Chendering, berhenti makan.
Sebenarnya aku ni berlumba-lumba dengan kelajuan cahaya matahari. Sebolehnya mahu perjalanan pulang secepat mungkin sampai ke destinasi.
Stress terpaksa memandu malam sendiri. Mata ini alah silau. Hafiz dan 2 rakan menyusul dengan kereta citroen ZX kurang lebih sejam lewat dari KT. Abang pula bertolak dalam pukul 10 mlm selesai segala urusan di KT dengan lori.
3 buah kenderaan..
Semuanya dangan satu tujuan : BERMADOH kata orang Teganu...
2 comments:
Itu bunyi seperti nak kahwin anak. Bila jadi tu?
Alhamdulillah..dah selamat dah Pakcik Hassan.
Post a Comment