Monday, January 9, 2012

Kerana mama pelupa..

**** Kenangan Aishah bersama rakan-rakan di Tadika Sri Melur, IM6 ****

Ahad. Apabila hubby tiada di rumah, ketiadaan semangat untuk menjenguk dapur yang masih belum siap. Angkut Aishah dan Khairi cari makan di sekitar Beserah. Singgah kedai Apek, Aishah beli 2 batang ais krim. Kemudian kami pesan 2 mangkuk mee sup di sebuah kedai makan berdekatan. Khairi dalam dunianya menonton cerita kartun di TV.

Aiskrim hampir separuh dimakan apabila pesanan sampai. Tiba-tiba Aishah tanya tuan kedai boleh tak simpan aiskrim dalam peti sejuk? Mulanya kami agak terkejut dengan permintaan budak 5 tahun ni. Makcik kedai bawa mangkuk kecil pada sangkaannya Aishah nak simpan aiskrim yang sedang dimakan kerana mahu menjamah mee sup. Meleset. Aishah mahu aiskrim keduanya disimpan agar tidak cair. Terima kasih ucapku.

Semasa makcik berlalu ke dapur untuk menyimpan aiskrim, tiba-tiba Aishah memandang padaku sambil tersenyum manis dia berkata: "Baik hati.."
Apa Aishah? tanyaku mencari kepastian. Sekali lagi Aishah berkata: "Baik hati".. sambil matanya melirik ke arah makcik.
Alahai.. budak kecil sudah tahu menilai dan memuji.. aku sekadar mengucap terima kasih.. Aku mempelajari sesuatu daripada Aishah. Terima kasih sayang.. catatan ini adalah buat mama sendiri..semoga tidak mudah lupa lagi.

4 comments:

Al-Manar said...

Kemunkinannya sikap dan tingkah laku anak anak dipelajari daripada yang memelihara dn mendidiknta, bukan dari sumber yan lain.

Well done

Al-Manar said...

Anak yang bijak mestilah diasuh dalam keluarga yang sebegitu.

Al-Manar said...

Anak anak yang berbudi pekerti baik datang nya dari ibubapa yang menghargai budi pekerti.

asamkeping said...

Salam Pakcik Hasan.. nampaknya memang sudah bersawang blog saya.
Dok dang @ La Wa (in arabic.. :-))
Syukran for reminding me to update my blog.