Monday, October 18, 2010

Mati adalah pasti, hidup Insya Allah..

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Those were the only words yang mampu keluar daripada mulutku. Kaki pula menekan break sekuat mungkin. Alhamdulillah, sangkaanku sudah tidak sempat mengelak dan melanggar teksi di hadapanku. Kalau tidak..panjanglah ceritanya pula..



Kena gi Balai Polis...buat report



Idok lah sanggup melawat bengkel hampir setiap hari menunggu kenderaan siap dibaiki lagi.(Ini gambar lama..)

Aku tak taulah apa motifnya driver kereta tiba-tiba break walhal jalan clear. Alhamdulillah, jarak juga memainkan peranan. Jika terlalu dekat, sebaliknya berlaku.
Kejadian pagi tadi mengingatkan aku perihal tidak ternilainya detik yang ada bersama orang tersayang. Nyawa bukan milik kita. Ianya hanya pinjaman. Boleh jadi aku pergi dahulu atau sebaliknya.
Sudahnya, hari ini sahaja..aku menelefon suami sebanyak dua kali untuk semata-mata berpesan supaya dia berhati-hati di jalan raya dan mengucapkan sayang padanya.
Kesan daripada kejadian pagi tadi jua..sampai petang ini pun, dada den rasa sakit laii... Tak boleh tarik nafas panjang-panjang. Petanda nak kena sakit jantung ke aku ni? Hmmm...sudah sampailah masanya untuk memilih option "pencen" dan bukannya EPF by 22/10/2010..

1 comment:

Lieza said...

itu la puan.. berhati-hati2 di jalan raya.. kita berhati-hati.. orang lain lak yg gelojoh.. x pasal2 kita kene.. mintak jauh la kejadian2 begitu.