Wednesday, October 20, 2010

Pindoh ke idok ni?

Pergi melawat bangunan library lagi.. Kali ni tiada perancangan awal. Time meeting, boss tanya ID boleh kita gi melawat bangunan library? ID team jawab boleh saje.. Sudahnya 2 orang makcik librarian melangkah longkang beso kerana nak short cut. Boss besar tak apalah, beres aje..pasal dia tak berpelikat. Nasib baik aku tak terjun tiruk dalam longkang jer..mmuahaha.. Dengan berbaju kurung melawat tapak..hmm..sungguh tidak appropriate..hehe..
Khabarnya architect bangunan yakin boleh hand over dalam masa 20 hari dari sekarang. 10 November 2010 tu?!!..
Boleh ker? Tengok dalam macam banyak benda lagi nak buat. Biar betul.. Ade benda yang puas hati..ada yang tidok. tempat sepatutnya berpartition half glass, tak pulak jadik gitu. Tengok warna partition pejabat nak menangis pun ado..alahai.. tak matching langsung. Pikir-pikir nanti ada yang penyudahnya tampal wall paper baru..hehe.. Komplen lagi pasal workmanship tak kemas.. salur air hujan dipasang "ikut dang". Alignment lari. Sakit mata memandang. ID team janji nak bantu mana terdaya. Boss nak check dan kemuka komen dan cadangan lain lagi pada pihak terbabit. Harap-harap adalah perubahan selepas ni.. Semoga lenguh-lenguh betis dan peha bakal terubat.. Amin.

Tuesday, October 19, 2010

Change

Each day filled with surprises.

Things may come to you and give you all the happiness or headaches.
A problem if you don't overcome it, you will suffer. It just a matter of the way you see things. A problem to you can be an opportunity to someone else.
An opportunist will look for problem solving and strategies to become a better person or even great! Making a mistake is normal to everyone. When you get a memo from your boss, does it mean that he is going to punish you for the whole life? Let's change our paradigm towards others. "Husnu Zhon" not "Suu' Zhon".
Surely, he is actually looking for the best of you. A leader must keep his subordinates on the right track rather than leaving them behind.

The prophet Muhammad (SAW) said:

"Kullukum Ra'in Wa Kullu Ra' in Mas'ulun 'An Ra'iyyatihi"

(All of you are guardians (in trust of something or someone) and are accountable for your flock)

Admitting a mistake is better that pointing fingers to others. Insya Allah, the respect will come to you when you do take the lessons and change.
I would rather love to hear this quotation addressed to me:
"I'm surprised that you had the courage to take the responsibility yourself."
Yes.. a paradigm shift. You might be surprised with all good things come to you!

Monday, October 18, 2010

Mati adalah pasti, hidup Insya Allah..

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Those were the only words yang mampu keluar daripada mulutku. Kaki pula menekan break sekuat mungkin. Alhamdulillah, sangkaanku sudah tidak sempat mengelak dan melanggar teksi di hadapanku. Kalau tidak..panjanglah ceritanya pula..



Kena gi Balai Polis...buat report



Idok lah sanggup melawat bengkel hampir setiap hari menunggu kenderaan siap dibaiki lagi.(Ini gambar lama..)

Aku tak taulah apa motifnya driver kereta tiba-tiba break walhal jalan clear. Alhamdulillah, jarak juga memainkan peranan. Jika terlalu dekat, sebaliknya berlaku.
Kejadian pagi tadi mengingatkan aku perihal tidak ternilainya detik yang ada bersama orang tersayang. Nyawa bukan milik kita. Ianya hanya pinjaman. Boleh jadi aku pergi dahulu atau sebaliknya.
Sudahnya, hari ini sahaja..aku menelefon suami sebanyak dua kali untuk semata-mata berpesan supaya dia berhati-hati di jalan raya dan mengucapkan sayang padanya.
Kesan daripada kejadian pagi tadi jua..sampai petang ini pun, dada den rasa sakit laii... Tak boleh tarik nafas panjang-panjang. Petanda nak kena sakit jantung ke aku ni? Hmmm...sudah sampailah masanya untuk memilih option "pencen" dan bukannya EPF by 22/10/2010..

Saturday, October 16, 2010

Rafeah Buang - Ya Illahi Rabbi

Lagu ini amat menyentuh perasaanku. Lagu ini penuh dengan harapan dan doa kudus seorang hamba.. Harapan terhadap ibubapaku, suami serta anak-anak tersayang..Ya Allah, Engkau perkenankanlah doa-doa kami..Amin.

Thursday, October 14, 2010

BerIMAGINASI..

Setiap hari ada sahaja kejutan. Kejutan mari "berIMAGINASI" bersama Si Khairi. Kami bercadang untuk pergi bersiar-siar di Pantai Batu Buruk, Terengganu. Sementara menunggu abah selesai berbual dengan rakan sekerja, inilah aksi-aksi Khairi as Wolverine from X-Men. Uniknya cakar besi hanyalah daun palas pembungkus dodol!!


::Berimaginasi lagi...hehe..apa sajalah yang sedang bermain dalam kotak imaginasinya..::


::Sesiapa sahaja mendekati, pasti disua-suanya dengan cakar daun palas..hahaha..::


::Don't you dare to take away my cakar daun palas..otherwise there shall be a revolt::

Outing for ais cendol..

It was a fun day indeed. We took our children for "Ais cendol" at Jalan Beserah. They enjoyed their first ais cendol under a big tree and we did capture some photos.


:: Aishah's special pose ::



:: Khairi was enjoying his second bowl...never fail to finish all.. :) ::



:: Everyone was smilling.. ::



:: Hubby was paying the ais cendol for the day..Thanks my dear.. ::

Thursday, October 7, 2010

Dalam susah ada senang

Dalam susah ada senang dan dalam senang ada susah..

Alhamdulillah sesudah hampir 2 minggu tak tidur lena, makan tak berapa kenyang kecuali time open opis terbuka for raya.. (I makan tak hhhengat) pagi ini 8.45am ISO yang hilang dah pun dijumpai atas almari pigeon hole level 2. Alhamdulillah..syukur kepada Ilahi. Kepada semua rakan dan staff yang sudah bersusah payah terlibat dalam operasi mencari, memerah otak di mana kali terakhir nampak; terima kasih..Berkat doa dan harapan semua maka Dia telah perkenankan. Allah uji sedikit je..nak test kesabaran semua.. Dan hasilnya semua bersyukur dan bergembira lega..termasuklah Dr.Kais Raad yang tak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah..

Wednesday, October 6, 2010

Aku pun KULI

Semuanya bermula dengan SIKAP. Ikut hati mati, ikut rasa binasa..

Pelik bin ajaib. Guidelines dah ada. Job description ada.. mula-mula masuk kerja dah sain akujanji macam-macam. Mengaku diri kita ni sebagai kuli kenalah ikut ARAHAN. Engkau KULI..Dia KULI..Aku pun..lagilah KULI!! Tinggal lagi nak buat ke tak nak buat.Bila tak buat kerja cuba nak sorok bawah karpet..tapi tak jalan. TEAMWORK dah tinggal belakang.. Seribu satu alasan. Bila alasan kena reject tu yang mula belit kot lain..jaga-jaga..nanti terbelit leher sendiri. Tak puas hati? facebook kan ada maaa? Addoii...

Moh lah kite sama-sama muhasabah diri.. Insya Allah SELAMAT..