Tuesday, January 29, 2013

Happy birthday my lovely princess a.k.a Tuan puti

Happy birthday tuan puti.. (Tuan Puteri) At the age of 7, Aishah masih lagi struggle nak menyebut huruf 'r'..hehehe.. Pelat Aishah sering buat mama tak kering gusi. Doa mama, Aishah menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat serta diberikan keturunan yang baik-baik. Dari petang, Aishah sabar menunggu abah balik untuk sama-sama menikmati black forest cheese cake. Sekejap 1..
Sekejap 3.. abang Khairi nak tumpang sekali. Asyik tanya kek abang Khairi tak dek ke mama? Few weeks ago.. tertanya-tanya kenapa bebudak ni pilih no. 1 dan 3.. Sepatutnya 7 dan 9. Dek kerana beria-ria sangat nak beli lilin tu, mama bayar saja.. Baru je tahu..rupa-rupanya untuk tahun 1 dan tahun 3 pada 2013.. muahaha.. sungguh unSANGKAble!!

5 comments:

Lieza said...

terkejut gak tgk gambar nombor satu... hhahahha rupanya 7 tahun.. wakakakak
semoga aishah membesar menjadi anak yang solelah.

Al-Manar said...

Dah berpuloh kali datang tak ada apa apa semenjak prerkahwinan. Ingat hati sudah retire blogging - sedih juga kehilangan seorang kenalan. Kali ini hendak mengemaskini blog blog yang sudah 'retire'. Jengok buat kali terakhir. Ada rupanya. Alhamdulillah. Mengapa senyap. Kalau sepatah ditinggalkan dalam blog comment saya pun fahamlah masih active.

Saya dah lama tak beli lilin untuk anak anak - berpuloh batang. Kalau cucu pula bukan tugas orang tua. Kalau untuk sendiri dan makcik pula pula, bukan bilangan lilin dari wholeseller kek pula kena besar meja! Jangan lupa keruma ya?

Salaam kepada keluarga semua

Al-Manar said...

Rasa macam dah tinggal comment beberapa hari lepas. Munkin tak lepas penapisan dibawah. Kadang2 mata orang lama ini tak boleh percaya sangat.

Suka melihat dah kembali menulis.

asamkeping said...

Amin..Terima kasih Liza for your do'a!

asamkeping said...

Salam Pakcik Hassan, maaflah sememangnya bersawang-sawanglah blog saya ni... Apa yang disibukkan tak tahulah.. bahang PRU13 mungkin..mengalahkan calon nampaknya - :p
Sebenarnya lilin tu tak dinyalakan langsung pun, sekadar ambil gambar sahaja. Boleh buat standby bila bekalan elektrik terputus.
Kek sebesar meja? Bertuah betul punya anak cucu yang ramai. Belum lagi pelajar AlManar!!Belum tentu cukup..