For my hubby.. KALAU menyanyi perlahan-lahan DIBAWA angin terdengar jauh KALAU hati tidak tertahan DIDALAM air badan berpeluh BUNGA melati di dalam taman DAUN yang hijau banyak yang gugur KALAU turut makrifat iman TIDAK kan air mungkin bercampur KALAU takut dilambung ombak JANGAN berumah ditepi pantai IKAN di laut ASAM di darat DALAM periuk bikin muafakat
Wednesday, August 4, 2010
Hadiah yang tidak ternilai..
Kata orang: Yesterday was history, tomorrow is mystery and today is a gift..that's why they call it presents! So, aku kena belajar menghargai apa yang datang. Kehadiran. Sama ada disedari atau sebaliknya. Kehadiran adalah suatu kesempatan. Alangkah baiknya kesempatan yang datang tidak dipersia. Sama ada kehadiran itu adalah seseorang insan yang dikasihi; suami, anak-anak, saudara dan sahabat atau bisa sahaja kucing jalanan!
Kira-kira 4 tahun lalu, ada beberapa ekor kucing jalanan datang ke rumah dalam keadaan lapar. Kucing liar dan berbulu comot. Kurus keding. Kami memberi lebihan makanan. Anak-anak dilarang mendekati kerana bimbang dicakar. Masa berlalu. Kucing-kucing menunggu setiap hari. Pantang mendengar pinggang-mangkuk dibasuh, pasti mereka muncul diluar dapur meminta-minta rezeki pada hari itu. Daripada sisa makanan, akhirnya kami adakan pula peruntukan khas untuk membeli ikan sardin murah buat kucing-kucing. Lucu juga..kadang-kadang bila makan diluar, aku akan membungkus lebihan ikan bakar dan nasi buat mereka. Kerap kali jua bertanak nasi semata-mata untuk kucing!
Tiada bertalian yang jelas. Aku tidak membela mereka. Cuma terbit rasa kasihan. Kucing-kucing masih lagi liar walaupun tidak pernah pergi jauh dari rumah kami.Kata suamiku apa lagi kesempatan yang ada? Kita bukanlah orang yang mudah mendapat peluang memberi makan kepada hamba Allah yang lain. Kucing juga makhluk Allah, sewajarnya mendapat ihsan daripada kita bernama manusia. Jangan anggap ia suatu perkara yang membebankan. Ambil peluang berbuat pahala. Terima kasih abang kerana selalu menasihati aku dan anak-anak dalam banyak perkara.
"Masa itu bagai pedang. Jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu!" itu kata-kata hikmah orang Arab. Benarlah kata-kata itu. Pagi ini sebelum aku ketempat kerja, aku melihat salah seekor kucing masih dibawah kereta suamiku. Posisinya masih sama seperti petang semalam sewaktu aku pulang kerja. Tidak bergerak. Si enam tahun Khairi memberitahuku.. "Kucing tu mati mama..dia tak bergerak bila Khairi cucuk dia..". "A ah..betul lah apa Abang Khairi cakap tu" jawabku. Aku menjeling kearah kucing dari luar pagar. Insya Allah, petang ini aku akan mengerahkan anakku Syukri menanamnya..
"Kullu nafsin zaaiqatulmaut.." setiap yang hidup pasti mati. Aku mula terfikir, adakah aku pernah berbuat kesalahan dan menyakiti si kucing secara sengaja atau tidak? Semoga Allah mengampuni..Ya Allah, aku sudah kurang seekor kucing untuk berbuat pahala! Ya..kehadiran adalah suatu kesempatan. Kesempatan masa yang tidak sepatutnya dipersia. Dan hati ini tiba-tiba menjadi sayu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kucing memang haiwan yg plg pandai dptkan simpati... hheheh.. sbb tu ramai yang sayangkan kucing..
tapi yang tak tahan bila kucing berak merata..mmuahaha..
Post a Comment