Monday, August 30, 2010

SK Tunku Azizah vs. SK Pelindung

Mula-mula, antara SK Tunku Azizah or SK Pelindung.. SK Pelindung cuma sepelaung dari rumah. Bimbang pula anak-anak berlari balik ke rumah! Ayoo... Tambah pula aku tak ada maid yang nak jaga mereka. Abang-abang pulak..hmm..tak boleh nak bergantung harap sangat. Dibuatnya ada aktiviti petang @ programme di sekolah? Huru-hara juga..Hmm..payah memang payah! Susah juga nak buat keputusan terbaik nak tempatkan anak ke tahun 1 di sekolah mana..
SK Tunku Azizah..jauh dari rumah. Yang bagusnya..dekat ngan office. Tengahari aku boleh jenguk mereka before masuk kelas KAFA pula. Tapi sekarang aku dah tetapkan Khairi di SK Tunku Azizah. Harapan dan doaku si adik Aishatulhusna pun dapat sekali masuk Pra sekolah ditempat yang sama. Senang sikit nak ambik dan hantar setiap pagi dan petang. Amin...

Wednesday, August 18, 2010

My new discovery on Pok Loh Tut..

Guess what? I found something on Pok Loh Tut.. hehe.. he did exist! Laaa..Tok Choh dok wat lolok ghupenye..Cuma auta sikit je..pasal taik mata beso lutut..

Awang Goneng wrote in his blog:

"Pak Lah Tut came from Seberang Takir, across the river, every morning; wielding a stout staff and a heavy burden. And all he did when he arrived was to walk his few paces, then he'd freeze his footsteps in between, before twirling his alarming twirl while mouthing some wild incantations. And so he did every minute of his time, until the shutters were closed, and the shoppers were gone. He was a regular man of the marketplace, distinguishable from the milling crowd by his white beard and tatty headband, and a look that told little of him or what he was on, except that somewhere along the line, perhaps when he was very young, he'd veered off the centre of his mind."

Then, he later commented to ceklong:

"Salams. Yes, Pak Lah Tut did exist. He was a regular feature of Pasar Tanjung. Hot tempered he was, cussing and spitting, but not in the profanities of today's mad people, just pure anger. He looked like Santa Claus, grey beard, and carrying a bag of his geegaws."

Tuesday, August 17, 2010

Pok Loh Tut


Growing up in Terengganu with my "tok". "Tok" atau "Tok Choh" adalah panggilang keluarga kepada nenek sebeloh ibu. Nama sebeno Tok Choh ialah Hafsah binti Muda. Ada banyok kenangan pasa Tok Choh ni. Antaranya hok masih ingat sapa lening kisoh Pok Loh Tut. Aku dok tau Pok Loh Tut ni wujud ke dok kat Seberang Takir tu. Dok dang nok tanya. Pasal Tok doh tak dok meninggal dunia lama doh. Time muda belia dulu dok terlintah nok susur galur. Bila aku bbarok ngat, nano wat bising, payoh nok tidor ni ah modal Tok Choh cerita ke aku atau cucu-cucu dia hok lain.

"Sshhh...senyap! Jangang bising. Tekgi Pok Loh Tut maghi. Pok Loh Tut, taik mata beso lutut!"

Hmm..pikir-pikir balik, memang dok payoh nok cakap banyok ah..hok bising senyap tupah. Takut weih..sape nok jumpe ngan oghang hok taik dia mata beso kepala lutut? Geli gelemang. Selang dok lama jenere ah. Creative gok Tok Choh ni. Lening..gilirang aku pulok ambik modal ni bila anok-anok payoh nok tidur.Sian gok bila ingat kecek ke anok-anok dan rasa lucu bila kena kecek idup-idup di Tok Choh. Tapi apa-apa pun..terima kasih Tok Choh :) I miss you so much..

Monday, August 16, 2010

Pok De Yik


AlFatihah.. One of my father's best friend had passed away on last Saturday, 14th August 2010. Pok De Yik. That is the name we used to call him. It was after his real name "Muda". I'm not really sure how did "Yik" come across. At first, I was shocked with the sad news. Then, I have learned that how times has been passing by leaving us behind. A little girl has turned into a woman and that strong man has turned into an old man. He was a great man. Surely, his death is a great lost to his family. I'm really sure it is a great lost too to my father. Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. Dear Pok De Yik, may Allah bless you with the forgiveness and Jannah..Amin.

Mabuk ketam



Pasar Ikan Beserah. The best pasar ikan ever in Kuantan to get hasil laut yang terbaik... Setakat ini, ia tidak pernah menghampakan kami. I would like to share kisah ketam besar yang my hubby beli di sana. Sekilo+++ seekor. Pergh..penuh pinggan sampai tak nampak nasi. Marbeles..marbelesss.. sebenarnya ketam masak namprik. Aku malas nak gaul ngan kuah..besar sangat. Sudahnya pakai cecah ajelah.. Kami makan semasa sahur 1 Ramadhan baru-baru ini. Kredit kepada Pak Nelayan and my hubby!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem

Marhaban Ya Ramadhan.. Marhaban Ya Ramadhan..Marhaban Ya Ramadhan..
Ramadhan bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah. Hari ini 1 Ramadhan 1431H. Semoga Allah memanjang usia dan dapat bersama-sama famili serta semua saudara muslimin dan muslimat menempuh bulan yang penuh dengan ujian dan berkah ini. Amin..

Wednesday, August 4, 2010

Hadiah yang tidak ternilai..


Kata orang: Yesterday was history, tomorrow is mystery and today is a gift..that's why they call it presents! So, aku kena belajar menghargai apa yang datang. Kehadiran. Sama ada disedari atau sebaliknya. Kehadiran adalah suatu kesempatan. Alangkah baiknya kesempatan yang datang tidak dipersia. Sama ada kehadiran itu adalah seseorang insan yang dikasihi; suami, anak-anak, saudara dan sahabat atau bisa sahaja kucing jalanan!

Kira-kira 4 tahun lalu, ada beberapa ekor kucing jalanan datang ke rumah dalam keadaan lapar. Kucing liar dan berbulu comot. Kurus keding. Kami memberi lebihan makanan. Anak-anak dilarang mendekati kerana bimbang dicakar. Masa berlalu. Kucing-kucing menunggu setiap hari. Pantang mendengar pinggang-mangkuk dibasuh, pasti mereka muncul diluar dapur meminta-minta rezeki pada hari itu. Daripada sisa makanan, akhirnya kami adakan pula peruntukan khas untuk membeli ikan sardin murah buat kucing-kucing. Lucu juga..kadang-kadang bila makan diluar, aku akan membungkus lebihan ikan bakar dan nasi buat mereka. Kerap kali jua bertanak nasi semata-mata untuk kucing!

Tiada bertalian yang jelas. Aku tidak membela mereka. Cuma terbit rasa kasihan. Kucing-kucing masih lagi liar walaupun tidak pernah pergi jauh dari rumah kami.Kata suamiku apa lagi kesempatan yang ada? Kita bukanlah orang yang mudah mendapat peluang memberi makan kepada hamba Allah yang lain. Kucing juga makhluk Allah, sewajarnya mendapat ihsan daripada kita bernama manusia. Jangan anggap ia suatu perkara yang membebankan. Ambil peluang berbuat pahala. Terima kasih abang kerana selalu menasihati aku dan anak-anak dalam banyak perkara.

"Masa itu bagai pedang. Jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu!" itu kata-kata hikmah orang Arab. Benarlah kata-kata itu. Pagi ini sebelum aku ketempat kerja, aku melihat salah seekor kucing masih dibawah kereta suamiku. Posisinya masih sama seperti petang semalam sewaktu aku pulang kerja. Tidak bergerak. Si enam tahun Khairi memberitahuku.. "Kucing tu mati mama..dia tak bergerak bila Khairi cucuk dia..". "A ah..betul lah apa Abang Khairi cakap tu" jawabku. Aku menjeling kearah kucing dari luar pagar. Insya Allah, petang ini aku akan mengerahkan anakku Syukri menanamnya..

"Kullu nafsin zaaiqatulmaut.." setiap yang hidup pasti mati. Aku mula terfikir, adakah aku pernah berbuat kesalahan dan menyakiti si kucing secara sengaja atau tidak? Semoga Allah mengampuni..Ya Allah, aku sudah kurang seekor kucing untuk berbuat pahala! Ya..kehadiran adalah suatu kesempatan. Kesempatan masa yang tidak sepatutnya dipersia. Dan hati ini tiba-tiba menjadi sayu..